ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Jun 2024.

1. PRU India: Parti Modi mendahului, prestasi pembangkang lebih baik daripada jangkaan

Blok pembangkang India memberikan tentangan lebih baik daripada jangkaan dalam pilihan raya parlimen tetapi parti Perdana Menteri Narendra Modi kini mendahului jumlah kerusi.

2. Letusan Gunung Kanlaon: Filipina batalkan 29 penerbangan domestik

29 penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Filipina telah dibatalkan susulan letusan Gunung Kanlaon di Pulau Negros.

3. Enjin terbakar, pesawat kargo terpaksa mendarat cemas

Sebuah pesawat kargo melakukan pendaratan cemas pada pagi Selasa beberapa saat selepas berlepas dari lapangan terbang Narita, Tokyo berikutan laporan kebakaran pada satu daripada enjinnya.

4. Senator AS Bernie Sanders tidak akan hadir ucapan Netanyahu di Kongres

Senator Amerika Syarikat Bernie Sanders mengulangi bahawa beliau tidak akan menghadiri ucapan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada sesi bersama Kongres.

5. Pengerusi ASEAN: Penganalisis sahkan kesediaan Malaysia

Penganalisis yakin dengan kesediaan Malaysia menggariskan perkhidmatan awamnya yang cekap dan rekod prestasi selaku Pengerusi ASEAN pada tahun 2015.

6. Perubahan iklim punca tragedi banjir terburuk landa Brazil

Lebih 170 orang terbunuh dan hampir 580,000 kehilangan tempat tinggal selepas ribut dan banjir melanda Rio Grande do Sul bulan lalu.

7. 200 penerbangan terpaksa dibatalkan di Lima akibat kegagalan landasan

Kegagalan itu berpunca daripada litar dalam sistem elektrik lampu di pinggir landasan terminal.

8. Kumpulan Houthi sasar tapak tentera pelabuhan Israel

Kumpulan itu menyasarkan tapak tentera dengan peluru berpandu balistik yang dinamakan 'Palestin' yang didedahkan buat kali pertama.

9. Bandar di utara Gaza diisytihar kawasan bencana

Tentera Zionis memusnahkan 50,000 unit kediaman, rangkaian sisa kumbahan dan jalan raya.

10. Mexico pilih Claudia Sheinbaum sebagai Presiden wanita pertama

Sheinbaum akan menggantikan mentornya, Presiden Andres Manuel Lopez Obrador pada 1 Oktober depan.