ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.


1. OIC, GCC sambut baik resolusi PBB mengenai usaha Palestin untuk keanggotaan penuh

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Jumaat menyambut baik penerimaan resolusi bersejarah oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan majoriti besar yang menekankan bahawa Palestin layak mendapat keanggotaan penuh dan memberikan hak tambahan kepadanya.



2. Selebriti dunia hilang pengikut besar-besaran sempena Met Gala?

GEMERLAPAN penganjuran acara fesyen, Met Gala, yang dihadiri golongan selebriti terkenal dunia dalam persalinan glamor mereka tahun ini tanpa disedari bersaing hebat dengan sebuah gerakan di media sosial.


3. Afrika Selatan minta ICJ hentikan serangan Israel ke atas Rafah

Afrika Selatan pada Jumaat meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menghentikan serangan ketenteraan Israel di bandar Rafah di selatan Gaza, lapor Xinhua.


4. Indonesia kecam serangan bakar jahat ke atas ibu pejabat UNRWA

Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bakar jahat yang dilakukan pelampau Israel dari wilayah diduduki ke atas ibu pejabat Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) di Baitulmuqaddis Timur.


5. Indonesia: Wanita temui ajal selepas cabut gigi geraham

Seorang wanita yang mencabut sebatang gigi gerahamnya atas nasihat doktor di Ngawi, Jawa Timur telah meninggal dunia baru-baru ini.


6. Reuters nafi keluar artikel Malaysia bakal disenarai hitam Amerika Syarikat

Agensi berita Reuters pada Sabtu mengeluarkan notis penafian pernah mengeluarkan artikel yang mendakwa Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk disenarai hitam oleh Amerika Syarikat (AS).


7. Perhimpunan Agung PBB terima resolusi pertimbangkan semula keanggotaan Palestin

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengesyorkan satu resolusi menggesa permohonan Palestin sebagai anggota penuh PBB dan diberikan hak-hak tambahan dinilai semula.


8. OpenAI dilapor bakal lancar pembantu maya mampu kenal objek, imej

MINGGU ini muncul laporan OpenAI akan melancarkan “SearchGPT” yang membolehkan carian internet masa nyata dilakukan dengan tepat lengkap degan rujukan ketika acara yang dijadualkan pada 13 Mei.


9. Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah

Selepas ketibaan obor Olimpik di Pelabuhan Vieux sehari sebelumnya, larian obor itu berakhir di perhentian pertamanya di tanah Perancis, Marseille pada Khamis yang disertai wakil daripada kelab bola sepak Olympique de Marseille.


10. Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara

Mahkamah Agung India pada Jumaat memberikan jaminan sementara kepada Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal yang berada dalam tahanan, satu perkembangan yang dilihat membantu kempen pilihan raya partinya.