ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 Ogos 2023.

1. Jumlah bantuan NATO, EU, rakan kongsi kepada Ukraine melebihi AS$160 bilion

Jumlah bantuan NATO, Kesatuan Eropah dan rakan kongsi kepada Ukraine melebihi AS$160 bilion sejak Februari 2022, dakwa Menteri Pertahanan Rusia Sergei Shoigu pada Rabu.

2. Jenazah Sinead O'Connor dikebumi di tanah perkuburan Islam di Ireland

Lebih 5,000 peminat memberikan penghormatan terakhir kepada bintang kesayangan mereka, Sinead O’Connor yang dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di negara kelahirannya, Ireland.

3. Pheu Thai usaha tamatkan kebuntuan politik menerusi pakatan baharu

Parti Pheu Thai yang memenangi jumlah kerusi kedua tertinggi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Thailand mengumumkan pakatan terdiri tujuh parti termasuk Parti Bhumjaithai dalam usaha memecahkan kebuntuan untuk membentuk kerajaan.

4. 33 maut hujan paling lebat landa Beijing

Angka kematian akibat hujan lebat berpunca daripada ribut tropika Doksuri di sini minggu lepas meningkat kepada sekurang-kurangnya 33 orang, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan televisyen tempatan pada Rabu.

5. Jepun peringati ulang tahun ke-78 serangan bom atom di Nagasaki

Datuk Bandar Nagasaki Shiro Suzuki berkata negara kuasa nuklear harus "menunjukkan keberanian" dan menjauhi idea pencegahan nuklear.

6. Khabib enggan latih Elon Musk

Bekas juara dunia divisyen Lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov dilapor enggan melayan permintaan pengasas Tesla, Elon Musk yang mahu atlet seni bela diri campuran (MMA) itu melatihnya.

7. Virgin Galactic akan lancar penerbangan pelancongan pertama ke angkasa

Seorang bekas Olympian berusia 80 tahun yang menghidap penyakit Parkinson, akan menjadi antara tiga penumpang dalam penerbangan pertama pelancongan angkasa lepas Virgin Galactic yang berlepas pada Khamis.

8. Taufan Khanun badai sebahagian Jepun, 350 penerbangan dibatalkan

Pegawai kaji cuaca memberi amaran tentang kejadian tanah runtuh, banjir, limpahan sungai, dan angin kencang manakala hujan lebat dijangka melanda wilayah yang dilanda taufan.

9. Imran Khan hilang kelayakan bertanding pilihan raya Pakistan selama lima tahun

Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan hilang kelayakan daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun, kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan pada Selasa.

10. Lapan syarikat pembuat kereta di Korea Selatan panggil balik 14,000 kenderaan

Lapan pembuat kereta domestik dan asing di Korea Selatan secara sukarela memanggil semula kira-kira 14,000 kenderaan kerana kecacatan pembuatan, lapor Xinhua, memetik Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan. pada Rabu.