ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 25 Januari 2021.
1) Majoriti puas hati polisi, perancangan Biden - Kajian
Kajian dilakukan Pew Research menunjukkan 58 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) berpuas hati dengan polisi dan perancangan Presiden Joe Biden untuk negara tersebut manakala 39 peratus berpendapat sebaliknya.
2) Dilahirkan atas perahu semasa banjir, bayi dinamakan Siti Noor Banjiriah
Seorang bayi yang lahir ketika banjir melanda, dinamakan Siti Noor Banjiriah.
Portal berita Tribun News melaporkan, ibu kepada bayi itu, Ernawati melahirkannya ketika berada di atas bot sewaktu paras air naik dan menenggelamkan beberapa wilayah di Kalimantan Selatan, Indonesia.
3) Jangkitan COVID-19 di Indonesia hampiri angka satu juta
Jangkitan COVID-19 di Indonesia menghampiri angka satu juta kes, selepas merekodkan 9,994 lagi kes baharu, dalam tempoh 24 jam.
Kes positif keseluruhan di republik itu kini 999,256 kes, namun 809,488 pesakit yang dijangkiti virus itu dinyatakan telah sembuh.
4) Amerika Syarikat kembali sertai rundingan global tangani isu perubahan iklim
Amerika Syarikat (AS) akan kembali memainkan peranannya dalam usaha menangani perubahan iklim pada Isnin, dengan menyertai rundingan peringkat tertinggi berkenaan langkah terbaik melindungi penduduk dunia dan ekonomi daripada kesan pemanasan global, lapor Reuters.
5) COVID-19: Thailand akan mulakan program vaksinasi bulan depan
Thailand akan memulakan program vaksinasi virus korona bulan depan dengan 50,000 dos vaksin AstraZeneca untuk golongan berisiko tinggi, lapor Reuters.
6) Wanita hamil antara lima ditembak mati
Lima orang termasuk seorang wanita hamil ditemukan mati ditembak dalam sebuah rumah di Indianapolis, Indiana, Amerika Syarikat.
Kejadian itu berjaya dikesan selepas polis menemukan seorang remaja lelaki dengan kesan luka tembakan pada kira-kira jam empat pagi di sekitar bandar itu.
7) Empat pemain kelab bola sepak Brazil maut nahas pesawat
Empat pemain bola sepak dari kelab Brazil, Palmas meninggal dunia dalam nahas pesawat pada Ahad ketika terbang secara berasingan dari pasukannya selepas sebelum ini disahkan positif COVID-19.
Presiden kelab itu yang turut menaiki penerbangan sama juga meninggal dunia dalam nahas itu setelah pesawat tiba-tiba terhempas di hujung landasan semasa berlepas, lapor Washington Post.
8) Wanita 85 tahun kembali 'ketuk pintu' rumah jagaan selepas 10 hari diisytihar mati akibat COVID-19
Seorang wanita berusia 85 tahun yang sebelum ini dikatakan sudah meninggal dunia akibat COVID-19 mengejutkan ahli keluarga dan sanak saudaranya apabila dia kembali semula ke rumah jagaan orang tua yang didiaminya, lapor Reuters.
9) Sembilan maut akibat ribut Eloise
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh di bandar Beira, Mozambique selepas ribut Eloise membadai kawasan itu pada Ahad.
10) Undang-undang baharu diperkenalkan, mahkluk mitos Bigfoot kembali diburu!
Kewujudan makhluk mitos menyerupai mawas yang ceritanya disampaikan sejak berdekad-dekad lalu dari mulut ke mulut, terutamanya dalam kalangan pegembara, kini menjadi sasaran penggubal undang-undang di Oklahoma, Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita AP.
Nickyson Nyambar
Mon Jan 25 2021
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71609427774_BAP.jpg)
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
![Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini? Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berikut adalah berita antarabangsa yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.