ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 11 Oktober 2020.
1) 17 penumpang maut dalam nahas bas-kereta api
Sekurang-kurangnya 17 penumpang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila sebuah bas dilanggar kereta api di Thailand pada Ahad.
2) Diplomasi vaksin: China, Indonesia sepakat lawan COVID-19 bersama
China dan Indonesia sepakat untuk bekerjasama lebih rapat untuk melawan COVID-19 ketika Beijing berusaha meningkatkan hubungan dengan negara lain melalui apa yang disebut oleh beberapa penganalisis sebagai "diplomasi vaksin".
3) Doktor sahkan Trump tidak lagi berisiko sebar COVID-19, bebas kuarantin
Di sebalik kehangatan kempen Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), satu berita gembira buat penyokong Donald Trump selepas Presiden Parti Republikan itu dilaporkan tidak lagi berisiko menyebarkan jangkitan COVID-19 dan memenuhi kriteria untuk menamatkan tempoh kuarantin.
4) Lima terkorban, 16 cedera letupan gas di Algeria
Sekurang-kurangnya lima terkorban, sementara 16 yang lain cedera dalam kejadian letupan gas di bandar El Bayadh, Algeria barat.
5) Saya individu paling kerap 'dipersenda' di seluruh dunia - Meghan Markle
Duchess of Sussex Meghan Markle mendedahkan beliau merupakan individu paling kerap 'dipersenda' di seluruh dunia tahun
6) Korea Utara anjur perarakan, pamer aset ketenteraan
Korea Utara menganjurkan perarakan tentera pada Sabtu, dihadiri pemimpinnya Kim Jong Un.
Perarakan ini menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan Parti Pekerja
7) Kematian akibat COVID-19 kini lebih 1.07 juta kes
Angka korban COVID-19 terus meningkat.
Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 sudah melebihi 1.07 juta kes.
8) Kes positif COVID-19 cecah 37 juta
Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini mencecah angka 37 juta kes.
Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
9) COVID-19: Sebahagian besar jururawat dalam keadaan tertekan.
Sebahagian besar jururawat yang bertugas merawat pesakit COVID-19 kini dilaporkan kepenatan atau mengalami tekanan psikologi serta menghadapi penderaan atau diskriminasi di luar tempat kerja.
10) Pakistan pula haramkan TikTok
Aplikasi media sosial TikTok diharamkan di Pakistan atas alasan syarikat itu gagal mengawal kandungan yang tidak dibenarkan.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Oct 11 2020
Berikut adalah berita antarabangsa yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.
AWANI Pagi: Banci Pertanian: Kukuhkan Rantaian Data Pertanian Negara
Banci Pertanian 2024 berlangsung di seluruh negara bermula 7 Julai. Apakah impaknya terhadap rakyat untuk jangka masa panjang dan data rantaian makanan negara?
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
EURO 2024: Barcelona menantikan wang pampasan ekoran kecederaan Pedri
Pedri mengesahkan dia akan kekal bersama skuad itu, namun tidak akan bermain lagi dalam kejohanan tersebut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [08 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
- LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
- Analisis kerjasama BN dan PH untuk PRU-16
#AWANInews #AWANIPagi
- Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
- LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
- Analisis kerjasama BN dan PH untuk PRU-16
#AWANInews #AWANIPagi
EURO 2024: 'Saya penat' - Kylian Mbappe
Mbappe mendapati dirinya menjadi pusat kritikan kerana prestasi individu dan kolektif yang lemah walaupun mara ke separuh akhir.
Lapangan terbang di California terbakar
Namun, lapangan terbang kecil berkenaan tidak melibatkan sebarang operasi kapal terbang komersil.
Op Noda: 46 ditahan dalam serbuan di pusat hiburan
Polis menyerbu premis hiburan di Plaza Puchong, Cheras yang menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja sah, pada Ahad.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Tolak rasuah: Anwar seru NGO, gerakan belia tolak salah guna kuasa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
PM Perancis serah peletakan jawatan pada Isnin
Gabriel Attal pada Ahad berkata beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.
Debat buruk 'salah saya sendiri' - Biden
Joe Biden mengambil tanggungjawab penuh atas prestasi debatnya yang buruk menentang pencabarnya dengan mengatakan bahawa persembahan buruknya adalah "salah saya sendiri".
Biden isytihar "kekal dalam pertandingan", yakin mampu kalahkan Trump
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik diri daripada bertanding untuk penggal kedua.
Biden rancang lebih banyak tidur, tiada lagi acara selepas 8 malam
Presiden Joe Biden beritahu Demokrat beliau perlukan lebih banyak tidur dan rancang untuk tidak hadir mana-mana acara selepas 8 malam.
Pilihan Raya Presiden AS: Biden tidak akan tarik diri - White House
Setiausaha Akhbar White House menegaskan Biden "sama sekali tidak" pertimbang untuk berundur daripada bertanding pada Piihan Raya Presiden.
Kempen Biden catat rekod kutip AS$38 juta dalam 4 hari selepas debat - Laporan
Kempen pemilihan semula Presiden AS, Joe Biden catat rekod dengan mengumpulkan AS$38 juta (RM180 juta) dalam empat hari sejak debat presiden pertama.
Trump boleh tuntut kekebalan pendakwaan untuk tindakan rasmi - Mahkamah Agung AS
Di bawah struktur Perlembagaan yang memisahkan kuasa, sifat kuasa Presiden memberikan bekas Presiden kekebalan mutlak daripada pendakwaan jenayah.
Prestasi lemah debat dengan Trump, ahli parti Demokrat persoal kemampuan Biden
Beberapa ahli Parti Demokrat secara terbuka mempersoalkan sama ada Biden sepatutnya digantikan dengan calon lain dari parti itu dalam pilihan raya 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pentadbiran Biden sangat teruk, paling buruk dalam sejarah - Trump
Trump menegaskan bahawa di bawah pentadbirannya, ekonomi negara mencapai prestasi terbaik, dengan banyak negara mengagumi kejayaan tersebut.
Debat Biden-Trump: Mikrofon lawan ditutup ketika hujah dimulakan, tiada penonton di studio
Ia acara penting untuk dua calon ini menyampaikan manifesto kempen masing-masing, menjelang lima bulan sebelum pilihan raya presiden AS.