WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberitahu gabenor Demokrat sebahagian daripada rancangan beliau ialah tidak lagi menghadiri mana-mana acara selepas pukul 8 malam bagi membolehkannya mendapat lebih banyak tidur.
Rancangan itu disuarakan calon parti Demokrat dalam Pilihan Raya Presiden pada November itu, kongsi tiga sumber yang menghadiri taklimat bersama Presiden AS itu di White House pada Rabu
Kenyataan itu, yang pertama kali dilaporkan oleh The New York Times dibuat ketika Biden yang berusia 81 tahun berusaha untuk meyakinkan sekumpulan lebih 20 pemimpin negara tentang keupayaannya untuk mengalahkan bekas Presiden Donald Trump pada November dan memerintah secara efektif selama empat tahun lagi.
White House bagaimanapun, tidak segera mengulas apa yang disebut oleh Presiden.
Sebaliknya, seorang pembantu kempen Biden menjelaskan, selain melakukan persediaan perbahasan dalam seminggu selepas dua perjalanannya ke Eropah, jadual Biden turut padat dengan tugasan rasmi selain kerja-kerja kempen.
Dalam taklimat itu, Biden turut membuat jenaka yang tidak disambut dengan reaksi yang baik dalam kalangan pemimpin Demokrat dengan berkata: "Saya baik-baik saja - saya tidak tahu tentang otak saya."
Menurut pengerusi kempen Biden, Jen O'Malley Dillon, Presiden "jelas sekali membuat jenaka dan kemudian berkata, ketepikan semuanya."
Susulan prestasi buruk Biden semasa perbahasan CNN minggu lalu, beberapa pemimpin Demokrat bersuara dan menyeru Biden untuk menarik diri daripada bersaing dalam pilihan raya, menyebabkan White House bergelut untuk meyakinkan pihak yang skeptikal baik di dalam parti dan pengundi.
Bahkan, beberapa hari berikutnya, pegawai pentadbiran telah memberikan penjelasan yang mengelirukan dan bercanggah ketika mereka cuba mengelak menyentuh mengenai prestasi Biden yang mencetuskan kebimbangan pengundi berhubung usia Biden.
Biden, Presiden tertua dalam sejarah AS berhadapan persoalan mengenai usia dan kesihatannya sejak bertahun lalu.
Kemuncak pada kebimbangan pengundi semasa debat itu ialah apabila suara Biden bertukar menjadi serak dan ada ketikanya apa yang disebut beliau sukar difahami, meninggalkan Trump - yang hanya tiga tahun lebih muda daripadanya lebih cergas.
Majoriti penonton berpendapat, Trump yang juga bekas Presiden ialah pemenang dalam debat berkenaan, menurut tinjauan yang dilakukan CNN.
Prestasi perbahasan Biden tempoh hari juga membuka ruang untuk lebih banyak pemerhatian dan persoalan mengenai laporan kesihatan presiden, dengan sumber menggambarkan penurunan dalam kecergasan mentalnya.
The New York Times melaporkan awal minggu ini bahawa "kesalahan" presiden telah meningkat dan semakin membimbangkan, dengan sumber memberitahu persiapan perbahasan enam hari Biden di Camp David tidak bermula sebelum pukul 11 pagi dan presiden diberi masa untuk tidur setiap hari.
Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre dalam taklimat pada Rabu mengelak daripada menjawab soalan wartawan sama ada Presiden tidur siang setiap hari susulan laporan The New York Times.
Sebaliknya, Jean-Pierre berkata, gangguan tidur dan keletihan akibat penerbangan (jet lag) menyebabkan Biden kurang sihat. - Agensi
Agensi
Thu Jul 04 2024

Biden memberitahu, sebahagian daripada rancangan beliau ialah tidak lagi menghadiri mana-mana acara selepas pukul 8 malam bagi membolehkannya mendapat lebih banyak tidur. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau menghentikan akses keselamatan bekas presiden Joe Biden serta menamatkan taklimat risikan hariannya, lapor Xinhua.

Putin dakwa konflik Ukraine tidak berlaku jika Trump terajui White House lebih awal
Moscow tidak pernah menolak peluang untuk berhubung dengan pentadbiran AS.

Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden
Donald Trump mengumumkan rancangan untuk membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden sebelum ini.

Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval
Joe Biden tinggalkan surat buat penggantinya dalam laci di Pejabat Oval.

Trump janji batal beberapa perintah eksekutif Biden selepas angkat sumpah
Menurut laporan media AS, Trump dijangka menandatangani lebih 100 perintah eksekutif pada hari pelantikannya.

Trump, Biden minum pagi di White House sebelum majlis angkat sumpah
Majlis angkat sumpah akan dipindahkan ke dalam bangunan Capitol disebabkan cuaca sejuk.

TikTok mula ditutup di Amerika esok kecuali jika Biden campur tangan
Jaminan yang diperlukan ialah Apple, Google dan penyedia perkhidmatan lain tidak akan dikenakan tindakan kerana terus menyokong TikTok.

Pentadbiran Biden tidak akan kuatkuasakan pengharaman TikTok, kata pegawai Rumah Putih
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tidak akan melaksanakan larangan TikTok sehari sebelum beliau meninggalkan jawatannya pada Isnin.

Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.

Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan
Presiden Amerika Syarikat mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan.