CANBERRA: Bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd dilantik sebagai duta ke Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri Anthony Albanese pada Selasa mengesahkan bahawa Rudd yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri antara 2007 dan 2010 dan sekali lagi pada 2013, akan menjadi duta ke-23 negara itu ke AS.

Rudd, bekas pemimpin Parti Buruh akan berlepas ke Washington pada awal 2023 menggantikan Arthur Sinodinos yang telah berkhidmat selama tiga tahun, lapor Xinhua.

Ketika membuat pengumuman di Canberra, Albanese berkata, Rudd mempunyai hubungan dan pengalaman yang luas di AS.

Sementara itu, dalam satu kenyataan pada Selasa, Rudd berkata, beliau berbesar hati menerima pelantikan itu.
- BERNAMA