KIEV: Bekalan kuasa luaran di loji nuklear Chernobyl di Ukraine berjaya dipulihkan empat hari selepas ia terputus daripada grid kuasa, kata Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Ahad.
Pihak berkuasa kawal selia Ukraine memberitahu IAEA bahawa pakar Ukraine berjaya membaiki satu daripada dua kabel elektrik yang rosak di Chernobyl.
Ini membolehkan semua bekalan luar tapak yang diperlukan dihantar ke loji itu, kata badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam kenyataan harian, lapor CGTN.
Loji itu akan disambungkan ke grid elektrik negara pada pagi Isnin, kata pengawal selia Ukraine.
Loji Chernobyl telah terputus bekalan dengan grid kuasa pada 9 Mac dan beroperasi menggunakan penjana diesel.
Loji nuklear itu kini dikawal angkatan tentera Rusia sejak 24 Februari.
"Ini perkembangan positif kerana loji nuklear Chernobyl terpaksa bergantung kepada penjana diesel kecemasan sejak beberapa hari lalu," kata Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi.
"Bagaimanapun, saya tetap mengambil berat tentang jaminan keselamatan di Chernobyl dan kemudahan nuklear Ukraine yang lain."
Loji nuklear Chernobyl, yang terletak kira-kira 110 kilometer di utara ibu kota Ukraine Kyiv, menyaksikan antara tragedi nuklear paling dahsyat dalam sejarah pada 26 April 1986.
Astro Awani
Mon Mar 14 2022

Bekalan kuasa luaran berjaya dipulihkan di loji nuklear Chernobyl empat hari selepas ia terputus bekalan daripada grid kuasa. -Gambar fail/AP

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Fungus di Chernobyl didapati hidup dengan memakan radiasi nuklear
Fungus hitam Cladosporium Sphaerospermum ditemukan hidup pada dinding reaktor 4 di mana letupan berlaku hampir 40 tahun lalu.

Serigala di Chernobyl mempunyai ketahanan terhadap kanser
Kolar GPS yang turut mampu mengesan radiasi diletakkan pada serigala, dan ia mengesahkan haiwan ini tinggal di kawasan radiasi enam kali ganda lebih berbahaya kepada manusia.

Konflik Rusia-Ukraine pada tahap kritikal
Tentera Ukraine melancarkan serangan balas terhadap tentera Rusia dan menawan semula lebih banyak penempatan di wilayah Kharkiv, lapor Agensi Anadolu.

Bekalan kuasa di loji nuklear Chernobyl berjaya dipulihkan
Loji itu akan disambungkan ke grid elektrik negara pada pagi Isnin, kata pengawal selia Ukraine.

Loji kuasa nuklear Chernobyl masih selamat - IAEA
Pengesahan itu dibuat IAEA selepas ia mendakwa tidak lagi menerima data daripada kemudahan tersebut yang pernah mencetuskan bencana nuklear Chernobyl pada 1986.

Krisis Rusia-Ukraine: Fakta loji nuklear milik Ukraine yang menjadi tumpuan dunia
Chernobyl bukan satu-satunya loji nuklear milik Ukraine, malah ia sebenarnya mempunyai 4 loji nuklear lain dengan sejumlah 15 reaktor nuklear aktif.

'Jika meletup, ia 10 kali lebih dahsyat daripada Chernobyl' - Loji nuklear terbesar Eropah terbakar
Ia mencetuskan kebimbangan berlakunya bencana radiasi di negara itu yang kini diceroboh tentera Rusia.

Krisis Rusia-Ukraine: Bencana nuklear Chernobyl 1986 dikhuatiri berulang
Kiev memaklumkan kepada IAEA, mereka sudah kehilangan kawalan terhadap rod bahan api radioaktif di zon pengecualian Chernobyl.

10 rancangan TV bersiri pilihan Malaysia
Siri Game of Thrones menjadi siri kegemaran rakyat Malaysia sepanjang 2019.

Anda impi kehidupan di London? Fikirkan semula!
London adalah sama bahaya seperti kawasan yang mengalami pencemaran nuklear seperti Chernobyl.