PADA April depan, tragedi letupan stesen janakuasa nuklear Chernobyl akan menyambut ulang tahun ke-38.
Selama hampir empat dekad, kawasan seluas 1,000 batu persegi di persekitaran Cherbobyl diklasifikasikan tidak selamat didiami manusia disebabkan radiasi yang boleh menyebabkan kanser.
Tetapi Cara N Love, seorang ahli biologi dari Princeton University mendapati populasi serigala kelabu di persekitaran Chernobyl mempunyai ketahanan terhadap kanser.
Kajian telah dilakukan ke atas populasi haiwan di kawasan larangan penempatan manusia sejak 2014. Beliau menyedari populasi serigala kelabu di kawasan ini adalah lebih tinggi daripada dijangka.
Kolar GPS yang turut mampu mengesan radiasi diletakkan pada serigala, dan ia mengesahkan haiwan ini tinggal di kawasan radiasi enam kali ganda lebih berbahaya kepada manusia.
Tetapi serigala yang dikaji tidak mati disebabkan kanser seperti yang dijangkakan.
Sistem imun serigala kelabu di kawasan ini didapati telah berubah bagi memberikan ketahanan terhadap kanser. Dengan kata lain, pendedahan selama bergenerasi kepada radiasi menghasilkan serigala yang boleh melawan kanser secara semula jadi.
Bahagian genom serigala yang boleh menentang kanser ini telah dikenal pasti tetapi masih belum dikaji sepenuhnya bagi memberikan harapan ia turut boleh diberikan kepada manusia untuk menentang penyakit yang menjadi penyumbang kematian keempat terbesar di Malaysia.
Disebabkan oleh konflik Rusia dan Ukraine yang sudah berlarutan lebih dua tahun, Love masih belum boleh kembali ke Chernobyl untuk meneruskan kajian.
Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Yang pasti kita di landasan yang betul untuk memenuhi ramalan vaksin kanser untuk manusia dicipta sebelum 2030. - Amanz
Amanz
Fri Feb 16 2024

Sistem imun serigala kelabu di kawasan ini didapati telah berubah bagi memberikan ketahanan terhadap kanser. - Gambar/ Michael LaRosa

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Serigala di Chernobyl mempunyai ketahanan terhadap kanser
Kolar GPS yang turut mampu mengesan radiasi diletakkan pada serigala, dan ia mengesahkan haiwan ini tinggal di kawasan radiasi enam kali ganda lebih berbahaya kepada manusia.

Sembilan ekor serigala terlepas, zoo terpaksa ditutup serta-merta
Empat daripada serigala terpaksa ditembak sehingga mati, atas alasan tingkah laku yang merbahaya.

Idaho bakal luluskan undang-undang bunuh 90 peratus populasi serigala
Spesies haiwan terlindung yang sudah membiak dalam populasi yang sihat, kini mahu dibunuh sekali lagi.