Kesemua ikan tersebut mati akibat banjir pada tahun lalu yang menyebabkannya dihanyutkan daripada habitat air tawar yang biasanya dihuni spesies itu.
Susulan itu, sebuah jengkaut dikerahkan ke tebing sungai untuk membersihkan kesemua bangkai ikan tersebut dengan mengangkutnya ke dalam sebuah lori sampah.
Untuk tujuan itu, sekumpulan pekerja terpaksa memasang pukat di sepanjang sungai untuk mengaut kesemua ikan yang mati.
Kesemua ikan itu dihanyutkan ke Teluk Pagasetic oleh air banjir yang surut akibat dibadai ribut Daniel dan mati serta-merta setelah bertemu dengan air laut yang masin.
Ribut Daniel merupakan ribut terburuk pernah direkodkan di negara itu, membanjiri 35,000 ekar kawasan berhampiran Tasik Karla di Dataran Thessaly tahun lalu dan memusnahkan rumah, tanaman, sistem pengairan dan saluran kawalan banjir.