ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 20 orang maut manakala 15 yang lain cedera pada Ahad selepas sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah kenderaan dan terbakar di daerah Hafizabad di wilayah Punjab timur Pakistan, lapor pegawai penyelamat dan kesihatan.
Pasukan penyelamat berkata, kemalangan itu berlaku pada awal pagi di jalan raya di Faisalabad Toll Plaza selepas bas penumpang bertembung dengan sebuah van pikap membawa bekas berisi bahan bakar yang mencetuskan kebakaran, lapor Xinhua.
Sebaik menerima maklumat itu, anggota penyelamat segera ke lokasi dan memindahkan mangsa ke hospital tempatan, kata pasukan penyelamat.
Sebahagian daripada mangsa yang cedera melecur teruk manakala tiga daripada mereka dalam keadaan kritikal, tambahnya.
Kira-kira 40 penumpang menaiki bas itu, menurut pasukan penyelamat.
Dilaporkan bas malang itu sedang dalam perjalanan dari bandar pelabuhan selatan negara itu, Karachi, ke ibu negara Islamabad.
--BERNAMA-Xinhua
Bernama
Sun Aug 20 2023

Sebaik menerima maklumat itu, anggota penyelamat segera ke lokasi dan memindahkan mangsa ke hospital tempatan, kata pasukan penyelamat. - Foto AP

Fahmi kekal Ketua Cabang PKR Lembah Pantai
Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Cabang PKR Lembah Pantai, selepas jawatan itu tidak dicabar pada pemilihan parti berkenaan April ini.

Masih ada peniaga bazar Ramadan tidak letak tanda harga
Masih terdapat segelintir peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri di sekitar ibu negara yang culas untuk meletakkan tanda harga pada barang jualan.

Sapura Energy: Belum dihubungi SPRM berhubung siasatan
Sapura Energy Bhd (SEB) berkata ia belum dihubungi oleh Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatannya terhadap penyalahgunaan dana yang melibatkan syarikat itu.

1MDB: SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilion
Jumlah pemulihan aset 1MDB keseluruhan yang direkodkan setakat ini ialah RM29,752,034,475.13, iaitu 70 peratus daripada kira-kira RM42 bilion yang dipercayai diselewengkan.
#AWANIRingkas 17 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 Mac 2025
1️⃣ Tujuh rakyat Malaysia diselamatkan adalah ejen, mangsa
2️⃣ Bayar RM320 jadikan 'port' tak puasa sebulan
3️⃣ Pasukan petugas ditubuh manfaatkan peluang RTS Link
#awaniringkas
1️⃣ Tujuh rakyat Malaysia diselamatkan adalah ejen, mangsa
2️⃣ Bayar RM320 jadikan 'port' tak puasa sebulan
3️⃣ Pasukan petugas ditubuh manfaatkan peluang RTS Link
#awaniringkas

SPNB mohon peruntukan tambahan bina lebih banyak RMR seluruh negara
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memohon peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan lebih banyak Rumah Mesra Rakyat (RMR) dibina di seluruh negara pada masa depan.
Agenda AWANI: World #QuranHour 2025: Angkat surah Al-Saff
Isu yang dihadapi oleh Umat Islam pada hari ini sebenarnya banyak menjadi punca perpecahan? Bagaimana integriti yang diseru dalam surah Al Saff boleh menjadi titik tolak untuk membentuk kesatuan? World #QuranHour 2025
Moden klasik Masjid Taksim dan keunikan Gullac
Jelajah dan melancong ke Turkiye di bulan Ramadan dan mengenali makanan makanan menarik di Istanbul termasuk melawat tempat tempat bersejarah.
Lebih RM2 Bilion diperuntukkan untuk ATM di Sabah - Khaled
Sebanyak RM2.2 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah bagi melaksanakan pelbagai projek meliputi peringkat perancangan perolehan dan pelaksanaan.
133 rakyat Malaysia masih terkandas di luar negara
Fadil berkata, seramai 133 individu dipercayai masih terkandas dan menjadi mangsa pemerdagangan orang di luar negara.

23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.

Bas Rapid KL terbakar, tujuh penumpang lalui detik cemas
Seramai tujuh penumpang sebuah bas Rapid KL berdepan detik cemas apabila bas itu terbakar di Jalan Syed Putra menghala ke Jalan Klang Lama.

Bas Rapid Penang terbakar
Tindakan pantas pemandu bas Rapid Penang yang mengarahkan semua penumpangnya keluar daripada bas selepas menyedari enjin berasap menyelamatkan nyawa mereka daripada kejadian tidak diingini.

Bas ekspres dua tingkat terbakar, 17 penumpang, dua pemandu terselamat
Pihak JBPM Perak menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 5.19 pagi.

Bas bawa lapan penumpang musnah terbakar
Lapan penumpang cemas apabila bas dinaiki mereka terbakar di Jalan Tandang di sini pada Ahad.

Bas terbakar di Pakistan, 20 maut, 15 cedera
Sebahagian daripada mangsa yang cedera melecur teruk manakala tiga daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Bas ekspres bawa 42 penumpang terbakar
Seramai 42 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang mereka naiki terbakar di KM52.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bentong, malam tadi.

25 maut dalam nahas tangki minyak bas meletup
Sekurang-kurangnya 25 orang dilaporkan terkorban dalam sebuah nahas melibatkan sebuah bas di barat India, Maharashtra, pada Sabtu.

Bas musnah terbakar di lebuh raya
Anggota bomba menggunakan satu aliran air bantu mula dari pam jentera sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya.

Bas terbakar di Pakistan, 18 orang maut termasuk 8 kanak-kanak
Siasatan awal mendapati kebakaran berlaku akibat sistem pendingin hawa kenderaan terbabit mengalami kerosakan.