GEORGE TOWN: Tindakan pantas pemandu bas Rapid Penang yang mengarahkan semua penumpangnya keluar daripada bas selepas menyedari enjin berasap menyelamatkan nyawa mereka daripada kejadian tidak diingini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.05 petang pada Sabtu berhampiran Balai Polis Pulau Tikus di Jalan Burma dekat sini sebelum bas bernombor 101 yang sedang menghala ke Jeti musnah terbakar.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 5.10 petang.
Menurutnya, ketika pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati kebakaran bas Rapid terbakar di bahagian belakang termasuk enjin.
“Pemeriksaan mendapati anggaran peratusan kemusnahan kebakaran adalah 50 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sementara itu, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam satu kenyataan memaklumkan ketika kejadian terdapat 20 orang penumpang di dalam bas terbabit.
"Kapten bas yang telah dilatih untuk mengendalikan situasi kecemasan luar jangka seperti ini bertindak pantas untuk memberhentikan bas bagi menurunkan penumpang serta cuba mengawal api daripada merebak menggunakan peralatan pemadam api yang terdapat di dalam bas.
"Kapten bas dan kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada kerosakan pada harta benda awam," katanya.
Dalam pada itu, pihak Rapid Bus memohon maaf kepada penumpang yang terjejas akibat kejadian ini dan akan memberikan kerjasama kepada pihak bomba bagi menjalankan siasatan sepenuhnya ke atas punca kebakaran.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 03 2024

Tindakan pantas pemandu bas Rapid Penang yang mengarahkan semua penumpangnya keluar daripada bas selepas menyedari enjin berasap menyelamatkan nyawa mereka daripada kejadian tidak diingini. - Sinar Harian
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.

Bas Rapid KL terbakar, tujuh penumpang lalui detik cemas
Seramai tujuh penumpang sebuah bas Rapid KL berdepan detik cemas apabila bas itu terbakar di Jalan Syed Putra menghala ke Jalan Klang Lama.

Bas Rapid Penang terbakar
Tindakan pantas pemandu bas Rapid Penang yang mengarahkan semua penumpangnya keluar daripada bas selepas menyedari enjin berasap menyelamatkan nyawa mereka daripada kejadian tidak diingini.

Bas ekspres dua tingkat terbakar, 17 penumpang, dua pemandu terselamat
Pihak JBPM Perak menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 5.19 pagi.

Bas bawa lapan penumpang musnah terbakar
Lapan penumpang cemas apabila bas dinaiki mereka terbakar di Jalan Tandang di sini pada Ahad.

Bas terbakar di Pakistan, 20 maut, 15 cedera
Sebahagian daripada mangsa yang cedera melecur teruk manakala tiga daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Bas ekspres bawa 42 penumpang terbakar
Seramai 42 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang mereka naiki terbakar di KM52.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bentong, malam tadi.

25 maut dalam nahas tangki minyak bas meletup
Sekurang-kurangnya 25 orang dilaporkan terkorban dalam sebuah nahas melibatkan sebuah bas di barat India, Maharashtra, pada Sabtu.

Bas musnah terbakar di lebuh raya
Anggota bomba menggunakan satu aliran air bantu mula dari pam jentera sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya.

Bas terbakar di Pakistan, 18 orang maut termasuk 8 kanak-kanak
Siasatan awal mendapati kebakaran berlaku akibat sistem pendingin hawa kenderaan terbabit mengalami kerosakan.