Apple memberikan bayangan pembaharuan dan perisian baharu yang akan dilancarkan.
Pembaharuan dan perisian ini, menurut Apple, direka bagi memudahkan penggunaan iPhone dan perkakasan lain keluarannya.
Dalam masa yang sama, Apple turut mengumumkan cip baharu keluaran sendiri untuk komputernya.
Perisian baharu iPhone diberi nama iOS 14 dan dilancarkan pada persidangan untuk pengaturcara komputer dan pembangun aplikasi mudah alih Apple pada lewat Isnin.
Namun antara fokus utama adalah cip yang akan dikeluarkan sendiri Apple yang diberi nama Apple Silicon.
Ini adalah peralihan daripada penggunaan cip Intel dalam komputernya dalam masa dua tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook berkata ini akan memudahkan aplikasi di iPhone dan iPad dibangunkan dan digunakan dengan komputernya.
“Kami mengumumkan komputer Mac kami akan beralih menggunakan cip Apple Silicon.
"Kami membuat perubahan ini atas satu sebab. Supaya kami boleh hasilkan produk yang baik.
"Di masa depan, kami jangkakan pelbagai produk baharu dan peralihan kepada cip Silicon kami akan membantu menjadikannya realiti,” katanya.
Cip baharu ini dijangka memberikan kesan kewangan kepada Intel.
Menurut penganalisis Evercore, Intel menjual cip bernilai AS$3.4 billion setiap tahun kepada Apple untuk komputernya.
Ini adalah sekitar lima peratus daripada jualan tahunan Intel.
Pengarah Apple Untuk Kejuruteraan dan Sains Data Siri, Yael Garten berkata, aplikasi baharu yang dinamakan "Translate" juga akan dilancarkan.
“Kami akan melancarkan aplikasi baru diberi nama 'Translate'.
"Saya boleh berbual dalam bahasa Mandarin dan orang lain boleh berbual bahasa Rusia. Cuma sentuh mikrofon dan tanya 'Pukul berapa kedai anda akan dibuka?'"
Sementara itu, Jurutera Pengalaman Apple Car, Emily Schubert berkata selepas ini pengguna boleh meninggalkan kunci kereta di rumah dan menghidupkan kenderaan dengan iPhone.
“Kereta pertama yang akan boleh menggunakan produk ini adalah BMW 5 series 2021.
"Kunci digital ada manfaat keselamatan. Ia disimpan dalam bahagian keselamatan pada iPhone anda. Jika iPhone anda hilang, anda boleh matikan kunci menggunakan iCloud,” ujarnya.
Naib Presiden Teknologi Apple, Kevin Lynch pula berkata pendekatan yang digunakan adalah menggunakan pembelajaran mesin untuk menentukan gerakan membasuh tangan.
“Kami akan gunakan audio untuk mengenalpasti bunyi anda menekan sabun dan bunyi air.
“Anda akan dibantu untuk memastikan tangan anda bersih. Akan ada kiraan dan arahan untuk pastikan anda membasuh mengikut masa yang ditetapkan,” katanya.
Apple mengumumkan penambahbaikan dan perisian baharu itu menerusi sidang video.
Namun Apple tidak memberikan sebarang bayangan tentang kesan COVID-19 kepada rantaian bekalan pengeluaran produk Apple.
Apple selalunya akan mengumumkan produk baharu pada minggu pertama September sebelum menjualnya pada hujung September.
Astro Awani
Mon Jun 22 2020
![Apple umum sistem operasi terbaharu, bakal beralih guna cip pemprosesan sendiri Apple umum sistem operasi terbaharu, bakal beralih guna cip pemprosesan sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71553553271_TBTimCook.jpg)
Tim Cook berkata pembaharuan dan perisian ini direka untuk memudahkan penggunaan i-Phone dan perkakasan lain keluarannya. -REUTERS
![11 maut dalam kebakaran bangunan di Filipina 11 maut dalam kebakaran bangunan di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722585268_Philippines.jpg)
11 maut dalam kebakaran bangunan di Filipina
Kesemua mangsa terkorban selepas terperangkap di dalam bangunan yang musnah akibat kebakaran yang berlaku sebelum 7.30 pagi waktu tempatan.
![Bekas jurulatih olahraga negara Leo Armstrong meninggal dunia Bekas jurulatih olahraga negara Leo Armstrong meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722584295_LeoLeslieArmstrong.jpg)
Bekas jurulatih olahraga negara Leo Armstrong meninggal dunia
Bekas jurulatih olahraga negara Leo Leslie Armstrong meninggal dunia pada usia 82 tahun di sebuah hospital di Petaling Jaya pagi semalam.
![PM Anwar ucap takziah kepada keluarga ADUN Mahkota Sharifah Azizah PM Anwar ucap takziah kepada keluarga ADUN Mahkota Sharifah Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722574816_Belasungkawa.jpg)
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga ADUN Mahkota Sharifah Azizah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Mahkota Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, yang meninggal dunia hari ini.
Penggunaan AI nilai tambah, tidak perlu takut - Dr A'dillah
Masyarakat perlu mengambil peluang khususnya graduan untuk menjadikan kepakaran kecerdasan buatan (AI) sebagai nilai tambah dalam kehidupan.
![Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Dhaka - Wisma Putra Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Dhaka - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721693601_BorderGuardBanglad.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Dhaka - Wisma Putra
Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan sementara perjalanan tidak penting ke Dhaka berikutan situasi yang masih tidak dapat diramalkan.
![Lelaki warga Indonesia dipenjara 15 tahun rogol kanak-kanak Lelaki warga Indonesia dipenjara 15 tahun rogol kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718448965_HukumSebatPenjara.jpg)
Lelaki warga Indonesia dipenjara 15 tahun rogol kanak-kanak
Hakim Mohd Kafli Che Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mukhlasin Zainuddin, 62, selepas mendapati dia gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
![Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah gigih 'robohkan' tembok China, tewas di separuh akhir Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah gigih 'robohkan' tembok China, tewas di separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722584625_badminton.jpg)
Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah gigih 'robohkan' tembok China, tewas di separuh akhir
Dalam saingan yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, aksi Pearly-Thinaah bermula dengan sedikit perlahan.
Korea Selatan sedia tawar bantuan banjir kepada Korea Utara
Korea Selatan bersedia membekalkan bantuan kepada Korea Utara bagi membaiki kerosakan disebabkan oleh hujan lebat baru-baru ini.
![Bekas ADUN Sungai Puyu dirawat di hospital akibat serangan jantung Bekas ADUN Sungai Puyu dirawat di hospital akibat serangan jantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722583855_PheeBoonPoh.jpg)
Bekas ADUN Sungai Puyu dirawat di hospital akibat serangan jantung
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu Datuk Seri Phee Boon Poh sedang dirawat di hospital kerana serangan jantung.
Kebakaran Gunung Alexander merebak cecah kawasan 5,000 ekar
Kebakaran di Gunung Alexander, Colorado utara dilaporkan merebak mencecah sehingga 5000 ekar pada Rabu.
![Apple iCloud Private Relay kembali pulih Apple iCloud Private Relay kembali pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722311890_AppleiCloudPrivate.jpg)
Apple iCloud Private Relay kembali pulih
Menurut laman System Status oleh Apple, perkhidmatan geganti peribadi iCloud telah kembali pulih pada 28 Julai sebelum 11 pagi.
![iPhone 17 Slim hanya ada satu kamera? iPhone 17 Slim hanya ada satu kamera?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721881385_iPhoneSlim.jpg)
iPhone 17 Slim hanya ada satu kamera?
Skrin iPhone 17 Slim dikhabarkan memiliki saiz 6.6-inci, dijana cip Apple A19, dan dibina dengan tubuh aloi titanium.
![Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721100842_iOSPublicBeta.jpg)
Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta
Walaupun iOS 18 Public Beta sedia dimuat turun, ia masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ujian.
![Apple sasar permintaan iPhone 16 lebih tinggi tahun ini, selari pengenalan integrasi AI Apple sasar permintaan iPhone 16 lebih tinggi tahun ini, selari pengenalan integrasi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719026701_tbAppleIntelligence.jpg)
Apple sasar permintaan iPhone 16 lebih tinggi tahun ini, selari pengenalan integrasi AI
Apple turut menyasarkan pendapatan tahunan 2024 yang lebih tinggi, selari pengenalan ciri kecerdasan buatan pada sistem operasi mereka.
![Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18 Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720154048_tbAppleA.jpg)
Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18
Peranti ini dikatakan akan berada dalam kategori yang sama dengan HomePod dan Apple TV iaitu aksesori untuk rumah.
![Apple dijangka mulakan pengeluaran AirPods dengan kamera inframerah menjelang 2026 Apple dijangka mulakan pengeluaran AirPods dengan kamera inframerah menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694917770_Airpods.jpg)
Apple dijangka mulakan pengeluaran AirPods dengan kamera inframerah menjelang 2026
Mengikut laporan awal, ia dikatakan akan diintegrasikan bersama penggunaan Vision Pro sekali gus memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna ketika memakai set kepala tersebut.
![Suruhanjaya Eropah lancar siasatan ke atas App Store Suruhanjaya Eropah lancar siasatan ke atas App Store](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719225623_EuropeanCommission.jpg)
Suruhanjaya Eropah lancar siasatan ke atas App Store
Suruhanjaya Eropah akan meneliti amalan gergasi teknologi itu mengenakan bayaran kepada gedung aplikasi alternatif dan pembangun aplikasi setiap kali pengguna iPhone memasang perisian mereka.
![Apple, Meta bincang kerjasama penawaran kecerdasan buatan Apple, Meta bincang kerjasama penawaran kecerdasan buatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719026701_tbAppleIntelligence.jpg)
Apple, Meta bincang kerjasama penawaran kecerdasan buatan
Antara perkara yang dibincangkan adalah mengintegrasikan model kecerdasan buatan yang dibangunkan Meta terus ke sistem Apple Intelligence.
![Microsoft kembali atasi Apple, NVIDIA sebagai syarikat paling bernilai di dunia Microsoft kembali atasi Apple, NVIDIA sebagai syarikat paling bernilai di dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719200626_Microsoft.jpg)
Microsoft kembali atasi Apple, NVIDIA sebagai syarikat paling bernilai di dunia
Microsoft berada di kedudukan teratas dengan nilai pasaran $3.343 trilion (RM 15.75 trilion), dengan Apple di tangga kedua dengan nilai $3.191 trilion, dan NVIDIA pula dengan nilai $3.113 trilion.
![Apple Store pertama di Malaysia guna tenaga lestari sepenuhnya Apple Store pertama di Malaysia guna tenaga lestari sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718860047_AppleStore.jpg)
Apple Store pertama di Malaysia guna tenaga lestari sepenuhnya
Ia akan dibuka secara rasminya pada 22 Jun ini, sekali gus memudahkan pengguna tempatan mendapatkan pelbagai produk Apple.