BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah (EC) pada Isnin melancarkan siasatan terhadap dakwaan amalan antipersaingan dilakukan oleh Apple menerusi aplikasi "App Store", lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


Ringkasan AI
  • Suruhanjaya Eropah (EC) telah melancarkan siasatan terhadap dakwaan amalan antipersaingan oleh Apple melalui aplikasi "App Store". EC akan meneliti amalan Apple yang mengenakan bayaran kepada gedung aplikasi alternatif dan pembangun aplikasi setiap kali pengguna iPhone memasang perisian mereka.
  • Siasatan ini berkaitan dengan Akta Pasaran Digital (DMA) Kesatuan Eropah, yang mengawal tingkah laku "gatekeeper" digital. "Gatekeeper" digital merujuk kepada syarikat yang memegang kedudukan yang kuat dan kukuh dalam ekonomi digital EU, bertindak sebagai perantara antara ramai pengguna dan perniagaan.
  • EC telah menghantar "pandangan awal" kepada Apple bahawa syarikat itu melanggar DMA dengan menghalang pembangun daripada mengarahkan pengguna dengan bebas di luar ekosistem App Store. Pandangan ini bukan muktamad dan merupakan sebahagian daripada siasatan yang dibuka pada Mac.


Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan memaklumkan ia akan meneliti amalan gergasi teknologi itu mengenakan bayaran kepada gedung aplikasi alternatif dan pembangun aplikasi setiap kali pengguna iPhone memasang perisian mereka.

Ia juga sedang meneliti langkah-langkah yang perlu dilalui oleh pengguna peranti Apple untuk menggunakan gedung aplikasi alternatif, serta kriteria kelayakan Apple untuk pembangun menyediakan aplikasi iPhone melalui laman sesawang, dan bukannya melalui App Store.

Siasatan ini berkaitan dengan Akta Pasaran Digital (DMA) Kesatuan Eropah, yang mengawal tingkah laku "gatekeeper" digital, iaitu syarikat yang memegang kedudukan yang kuat dan kukuh dalam ekonomi digital EU, bertindak sebagai perantara antara ramai pengguna dan perniagaan.

Suruhanjaya itu juga mengumumkan bahawa ia telah menghantar "pandangan awal" kepada Apple bahawa syarikat itu melanggar DMA dengan menghalang pembangun daripada mengarahkan pengguna dengan bebas di luar ekosistem App Store.

Ia merupakan sebahagian daripada siasatan yang dibuka pada Mac. Pandangan itu bukan muktamad.

-- BERNAMA