Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh dalam serangan udara yang dilakukan tentera pakatan diketuai Arab Saudi ke atas bangunan keselamatan yang dikuasai pemberontak di barat Yaman, termasuk sebuah pusat tahanan.
Menurut seorang pegawai pada Ahad, mayat 38 orang itu telah dibawa ke hospital di bandar Hodeidah yang dikawal pemberontak Syiah Huthi dan sekutu mereka sejak akhir 2014.
Pegawai itu, yang tidak mahu dikenali, tidak menyatakan bilangan tahanan yang mati dalam serangan pada Sabtu itu.
Kebanyakan daripada lebih 40 banduan di pusat itu adalah penentang pemberontak Huthi yang disokong Iran, menurut sumber tentera yang hampir dengan pemberontak.
Sebelum ini, sumber hospital dan ketenteraan berkata, bilangan banduan dan pemberontak yang terbunuh dalam serangan udara ke atas bangunan di Zaidia, utara Hodeidah itu, adalah lebih daripada 30.
Di kawasan lain pada Sabtu, serangan ke atas bangunan kediaman membunuh 17 orang dan mencederakan tujuh di bandar Salo, tenggara Taez, menurut media yang dikuasai pemberontak.
Laman web sabanews.net berkata, empat serangan telah memusnahkan tiga bangunan kediaman.
Pakatan yang diketuai Arab itu masih belum mengulas mengenai laporan itu, tetapi seorang pegawai tempatan kerajaan Yaman berkata, serangan udara tersebut telah mengenai tiga rumah yang bersebelahan tanpa sengaja.
Agensi
Sun Oct 30 2016

Pegawai perubatan merawat seorang lelaki yang cedera dalam serangan udara yang diketuai Arab Saudi ke atas sebuah penjara di Yaman, 30 Oktober, 2016. - Foto REUTERS

AS hanya mahu mendominasi Iran, guna alasan 'rundingan' - Ali Khamenei
Khamenei menyatakan tawaran Wwashington untuk berunding bertujuan mendominasi Iran dan bukan menyelesaikan masalah.
Dua wanita termasuk pelancong warga Israel dirogol di India
Seorang lelaki maut manakala seorang pelancong wanita Israel dan seorang wanita India dirogol secara beramai-ramai oleh tiga lelaki baru-baru ini berhampiran sebuah tapak warisan dunia UNESCO yang popular di Selatan India.
AS hanya mahu mendominasi Iran, guna alasan 'rundingan' - Ayatollah Ali Khamenei
Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, pada Sabtu mendakwa Amerika Syarikat menggunakan taktik 'membuli' bagi memastikan republik Islam itu tunduk kepadanya.
Kenyataan itu menyusul sehari selepas Presiden Donald Trump mendakwa beliau telah menghantar surat kepada pemimpin tertinggi negara itu bagi merundingkan perjanjian nuklear.
Kenyataan itu menyusul sehari selepas Presiden Donald Trump mendakwa beliau telah menghantar surat kepada pemimpin tertinggi negara itu bagi merundingkan perjanjian nuklear.
Ribuan wanita berkumpul dan berarak di Dataran Taksim
Ribuan wanita berkumpul berhampiran Dataran Taksim Istanbul pada Sabtu bagi menyertai perhimpunan Hari Wanita, walaupun diharamkan oleh pihak berkuasa tempatan
Peniaga bazar diingatkan pamer tanda harga dengan jelas
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (kpdn) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, pihaknya menerima banyak aduan tahun lepas bahawa ada peniaga di Bazar Aidilfitri yang tidak meletakkan tanda harga dengan jelas sehingga mengelirukan pengguna.

Perancis, Jerman, Itali, Britain sokong pelan Arab untuk pembinaan semula Gaza
Keempat-empat negara Eropah itu menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan inisiatif Arab dan menghargai "isyarat penting" pembangunan pelan tersebut.
Zelenskyy gesa sekatan lebih tegas ke atas Rusia
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Sabtu memperbaharui gesaan untuk sekatan yang lebih tegas terhadap Rusia, menekankan keperluan untuk melindungi nyawa dan meningkatkan pertahanan udara sebagai tindak balas kepada serangan berterusan.
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dibebaskan dari tahanan
Presiden Korea Selatan yang didakwa, Yoon Suk Yeol, dibebaskan dari tahanan pada Sabtu, sehari selepas keputusan mahkamah membenarkannya dibicarakan tanpa penahanan fizikal berhubung percubaannya untuk mengisytiharkan pemerintahan tentera pada Disember lalu.
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan, letupan bom di Sungai Golok
Polis mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan dan letupan bom di Sungai Golok, Thailand pada Sabtu malam.
Bayi lelaki masih bertali pusat ditemukan di Semporna
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol dalam satu kenyataan berkata bayi itu ditemukan orang awam dalam keadaan berbalut dengan kain pada 1 tengah hari.

Hamas bebas tiga tebusan, Israel lepas 369 tahanan Palestin
Bas pertama tiba di Ramallah disambut sorakan orang ramai yang mengibarkan bendera Palestin.

Pengampunan banduan: Kemuka permohonan, Agong punyai kuasa prerogatif - Istana Negara
Seri Paduka Baginda juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah.

15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas
Pemerintah turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.

Kebanyakan banduan wanita rakyat Malaysia di Thailand terdiri pesalah dadah
Kebanyakan banduan itu ialah wanita berasal dari Kelantan yang tinggal berhampiran negeri bersempadan Thailand.

Banduan gembira, pembebasan awal hadiah Krismas bermakna buat keluarga
Ravi dibebaskan lebih awal menerusi program PBSL Ihsan MADANI yang membolehkannya meraikan Krismas bersama ahli keluarga.

Orang ramai berkumpul di penjara Sednaya, jejak ahli keluarga ditahan
Pertemuan penuh emosi banduan bersama ahli keluarga yang selama ini menyangka mereka telah dihukum mati disaksikan menerusi video itu.

Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.

Banduan dipenjara dua tahun rempuh, langgar dua anggota polis
Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan mencuri kereta, hari ini sekali lagi dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana merempuh dan melanggar motosikal polis.

Banduan bebas awal terharu diberi pengampunan Agong
Lelaki yang sepatutnya menjalani hukuman penjara 10 tahun itu merupakan satu-satunya banduan di Negeri Sembilan yang dibebaskan awal.

Mahkamah Persekutuan putuskan boleh dengar semakan banduan terima pengampunan hukuman mati
Mahkamah Persekutuan putuskan bahawa ia boleh mendengar semakan semula difailkan banduan yang telah diberi pengampunan bagi hukuman mati.