Organisasi itu yang mengedarkan senarai nama wartawan yang terbunuh berkata, kesemua pengamal media itu dibunuh dalam percubaan untuk "mengaburkan naratif Palestin dan kebenaran."
Saudara kandung Hamzah Abdul Rahman, Yasser yang juga seorang wartawan maut ditembak oleh penembak tepat Israel semasa membuat liputan "Great March of Return" pada 2018.
Perarakan itu merujuk kepada lebih setahun rakyat Palestin membantah di sepanjang pagar antara Gaza dan Israel pada 2018 dan 2019 menuntut hak untuk kembali ke rumah nenek moyang mereka.
Lebih 250 rakyat Palestin terbunuh selepas penembak tepat Israel melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan. - Al Jazeera