Ringkasan AI
- X TV: Fokus pada kandungan video dan kemudahan tontonan melalui televisyen. Dijangka dilancarkan secara rasmi pada 2025 dengan kandungan eksklusif.
- X Money: Kaedah pembayaran dan penerimaan wang melalui platform X, mirip dengan PayPal, mungkin bermula di Amerika Syarikat.
- Integrasi Grok: X akan terus memperkenalkan ciri-ciri baharu melalui Grok sepanjang tahun 2025.
Selari dengannya, bersempena tahun baharu 2025, CEO Twitter berkongsi beberapa perancangan untuk tahun 2025 ini.
Antaranya adalah X TV dan juga X Money.
X TV dilihat akan memfokuskan kepada kandungan berbentuk video, dan memudahkan ia ditonton melalui kaca televisyen.
Aplikasi X TV sedia ditawarkan dalam bentuk beta, dan dijangka akan dilancarkan secara rasmi dengan lebih meluas pada 2025 ini – termasuk dari segi kandungan eksklusif melaluinya.
Di samping itu, X Money pula dilihat sebagai kaedah penggunaan X dalam melakukan pembayaran dan menerima wang.
Elon Musk sendiri merupakan sebahagian pasukan PayPal, dan mungkin implementasi X Money adalah lebih kurang sama seperti penawaran PayPal – dan mungkin tertakluk ke pasaran Amerika Syarikat sahaja buat peringkat permulaan.
Selain kedua-dua ciri ini, X turut dijangka akan meneruskan integrasi dan pengenalan ciri baharu melalui Grok.
Seperti biasa, ini perkongsian awal CEO X, dan mungkin kita akan mendengar lanjut lebih terperinci bergerak ke hadapan pada tahun 2025 ini. -Amanz