KUALA LUMPUR:Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) melanjutkan lagi masa dan tarikh tutup penerimaan tawaran daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi pengambilalihan FGV Holdings Bhd kepada 5 petang pada 2 Mac, 2021, daripada 5 petang pada 16 Feb.
"Kami juga ingin memaklumkan kepada pemegang saham bahawa lembaga pengarah pada 5 Feb mengumumkan sebaran pemegangan saham awam FGV adalah pada 23.93 peratus daripada jumlah saham terbitan FGV (tidak termasuk saham perbendaharaan) berdasarkan kepada rekod pendeposit FGV setakat 4 Feb," kata Maybank IB dalam makluman kepada Bursa Malaysia sebagai mewakili Felda.
Dengan demikian, FGV tidak memenuhi keperluan sebaran pemegangan awam minimum pada 25 peratus mengikut perenggan 8.02(1) syarat-syarat penyenaraian, katanya, sambil menambah seperti yang ditetapkan di Bahagian 4.1 daripada dokumen tawaran, pihak penawar telah menyatakan bahawa ia tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian FGV.
Maybank IB berkata, sekiranya pihak penawar menerima penerimaan sah yang menjadikan pihak penawar dan sekutunya memegang agregat 90 peratus atau lebih daripada saham FGV (tidak termasuk saham perbendaharaan), satu pengumuman segera akan dibuat oleh FGV.
Selepas pengumuman itu, Bursa akan menggantung serta merta dagangan saham FGV selepas berakhir lima hari dagangan daripada tarikh penutup, katanya.
"Setelah itu, pihak penawar akan mengemukakan permintaan kepada FGV untuk mengambil prosedur yang perlu untuk menarik kembali status penyenaraiannya daripada Senarai Rasmi selaras dengan Bab 16 Keperluan Penyenaraian," kata Maybank IB.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 16 2021

Tarikh tutup penerimaan tawaran daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi pengambilalihan FGV Holdings Bhd dilanjutkan kepada 5 petang pada 2 Mac, 2021, daripada 5 petang pada 16 Feb.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Malaysia sokong komitmen Indonesia teruskan mandat biodiesel B40 - Johari
Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.

Pekebun kecil disaran tingkat hasil sawit hingga 10 tan setahun untuk perkukuh industri - Johari
Golongan pekebun kecil kelapa sawit disaran untuk meningkatkan kadar pengeluaran hasil antara lima hingga 10 tan metrik setahun.

FGV sempurnakan agihan dan pembayaran zakat bagi 2024 berjumlah RM19.9 juta
Sesi kesembilan program FGV Seikhlas Hati bagi tahun 2024 memberi manfaat kepada kira-kira 1,900 orang asnaf seluruh negara.

FGV pacu kemajuan industri sawit melalui inovasi lestari
FGV Holdings Berhad (FGV) telah mengadakan program bersama media bagi mempamerkan usaha-usaha kelestarian yang dilaksanakan oleh syarikat tersebut dalam menetapkan penanda aras baharu industri sawit.

FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.

FGV akan laksanakan pembaharuan, inovasi pastikan hasil kelapa sawit tidak terjejas
FGV melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi mencari jalan memastikan hasil ladang dapat menampung keperluan dan permintaan pasaran.

FGV kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja bertanggungjawab
FGV Holdings Bhd kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja yang bertanggungjawab dan prinsip 'tiada yuran pengambilan' untuk bekas pekerja migran melalui program pembayaran baliknya.

FGV lancar Rangka Kerja Kelestarian, raih manfaat jangka panjang
FGV Holdings Bhd (FGV) melancarkan Rangka Kerja Kelestarian terbaharu yang diperkasa, sekali gus mengorak langkah ke arah komitmen berterusan FGV terhadap agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.

Keuntungan bersih FGV turun kepada RM103 juta bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan perniagaan perladangan sebelum zakat dan cukai merosot daripada RM2.12 bilion kepada RM294.82 juta.