SHAH ALAM: Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia serta menjadi hab kepada sektor pembuatan merentasi pelbagai industri, sekali gus menjadikannya negeri yang penting dalam meneruskan momentum eksport negara.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini (Separuh Pertama 2023), Selangor mencatatkan peningkatan jumlah perdagangan sebanyak 14.2 peratus kepada RM806.3 bilion berbanding RM706.02 bilion pada tahun lepas.
Eksport meningkat 9.1 peratus tahun-ke-tahun kepada RM360.04 peratus pada Separuh Pertama 2023, berbanding 36.6 peratus kepada RM330.1 bilion pada 2022, katanya.
"Untuk menjana pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan perdagangan kedua-duanya memainkan peranan penting.
"Selangor telah menunjukkan prestasi yang tinggi pada (Separuh Pertama 2023) dengan momentum (meningkat) yang berterusan dari 2021 hingga Jun 2023," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Hari Terbuka MITI Selangor 2023, disini, hari ini.
Terdahulu, dalam ucapannya Tengku Zafrul berkata semenjak 50 tahun lepas, Selangor telah membangun sebagai hab kepada sektor pembuatan merentasi pelbagai industri seperti automotif, elektrik dan elektronik, perkhidmatan logistik, industri aeroangkasa dan farmaseutikal.
"Hasilnya, terbina ekosistem rantaian nilai yang matang yang telah membantu pertumbuhan banyak syarikat tempatan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
"Dengan limpahan ekonomi memberangsangkan, terbangunnya bandar-bandar baharu di koridor selatan Selangor seperti Serenia City, Gamuda Cove, Setia Alam Sari, Serene Heights dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari Amirudin berkata beliau yakin Selangor akan kekal sebagai penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara pada tahun ini dengan jumlah sumbangan melepasi 25.5 peratus yang direkodkan pada 2022.
Beliau berkata sebagai sebuah negeri yang memiliki asas yang kukuh, ia sememangnya memberikan kelebihan kepada Selangor dalam aktiviti pembangunan ekonomi berbanding dengan negeri-negeri yang lain.
"Setiap tahun kita menunjukkan peningkatan, tapi saya percaya dengan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan yang bukan hanya tertumpu kepada Lembah Klang dan menumpukan kepada beberapa kawasan lain, akan memberi saingan kepada Selangor.
"Tetapi buat masa sekarang dengan beberapa asas yang ada, beberapa buah negeri lain memerlukan masa kerana pelaburan yang datang dan rangka kerja ekonomi (yang dibina) bukanlah kerja setahun.
"Saya percaya Selangor akan kekal menjadi penyumbang ekonomi yang terbesar, paling kurang dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang," katanya pada sidang media yang sama.
Amirudin berkata sekiranya kerangka pelan pembangunan lima tahun Selangor 'Lima Tekad' memperoleh mandat untuk diteruskan selepas Pilihanraya Negeri yang akan diadakan minggu hadapan, Selangor dilihat mampu untuk terus menjadi penumbang terbesar KDNK negara bagi tempoh lima hingga 10 tahun.
Beliau berkata jarak sumbangan antara Selangor dan penyumbang kedua terbesar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah terlalu jauh, sekali gus meletakkan Selangor di posisi selesa sebagai penyumbang terbesar.
"Sektor penting di Selangor ada dua iaitu pembuatan sebanyak 30 peratus dan pembuatan 60 peratus. Kalau boleh, kita ingin matangkan lagi sektor pembuatan dan perkhidmatan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023

Tengku Zafrul berkata dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, Selangor mencatatkan peningkatan jumlah perdagangan sebanyak 14.2 peratus kepada RM806.3 bilion berbanding RM706.02 bilion pada tahun lepas. - Gambar fail

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Tiada keputusan, laporan Malaysia terkait kes penipuan cip AI Nvidia - Tengku Zafrul
Tiada keputusan ataupun laporan yang menunjukkan cip AI Nvidia dalam pelayan dipindahkan ke Malaysia dari Singapura sebagaimana yang didakwa.

ASEAN akan adakan rundingan perdagangan dengan AS, GCC, China - Tengku Zafrul
Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Malaysia optimis ASEAN muktamad perjanjian ATIGA menjelang Mac
Malaysia optimis penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) akan dipersetujui dan diluluskan oleh kesemua negara anggotanya bulan hadapan.

ASEAN perlu bijak catur strategi untuk mendepani ‘perang tarif’
Konsep neutraliti dan ASEAN Centrality amat penting untuk blok 10 negara itu mengemudi ketidaktentuan ekonomi dan dasar perlindungan perdagangan yang semakin meluas di peringkat global.

ASEAN perlu ketepikan dasar perlindungan perdagangan untuk hadapi cabaran global
Negara-negara anggota ASEAN digesa mengurangkan dasar perlindungan perdagangan bagi menjayakan integrasi ekonomi dan perjanjian perdagangan baharu.

Pemukiman Menteri Ekonomi ASEAN bermula, integrasi ekonomi agenda utama
Perbincangan turut dijangka dilatari dengan ketidaktentuan geopolitik semasa serta strategi ASEAN untuk menampan impaknya kepada pertumbuhan ekonomi serantau.

MITI sasar pertumbuhan pelaburan diluluskan 5 peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun ini, mengatasi RM378.5 bilion pada 2024.

Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.

Weststar bakal perluas sayap jalin kerjasama tiga hala
Ini merupakan kerjasama tiga hala membabitkan Malaysia, Timor Leste dan Santos Energy, sebuah syarikat dari Australia yang menonjolkan kepentingan Weststar dalam pembangunan ekonomi serantau.

MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.