KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd dan anak-anak syarikatnya telah mengenal pasti beberapa aset untuk dijual segera bagi menjana aliran tunai yang diperlukan untuk menyelesaikan liabiliti syarikat.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, syarikat itu menjelaskan ia akan memerlukan mesyuarat yang diarahkan mahkamah dengan pemiutangnya.
Mesyuarat itu diadakan bagi mempertimbangkan dan jika didapati sesuai, meluluskan skim pengaturan untuk dicadangkan antara syarikat dan pemiutangnya bagi menstrukturkan semula obligasi hutang syarikat dan anak-anak syarikat, menurutnya.
"Lembaga pengarah syarikat berpandangan permohonan skim itu adalah demi kepentingan Serba Dinamik dan pemiutangnya memandangkan skim pengaturan yang dicadangkan itu mengusulkan pulangan 100 peratus kepada pemiutang syarikat.
Pendengaran bagi permohonan skim itu telah ditetapkan pada 19 Mei, 2022.
Syarikat akan membuat pengumuman lanjut sekiranya terdapat perkembangan penting mengenai perkara tersebut.
Menurut syarikat perkhidmatan kejuruteraan itu, sejak Mei 2022 ia telah menghadapi beberapa peristiwa yang menjejaskan aliran tunai Serba Dinamik Group ekoran persekitaran pandemik COVID-19 yang amat melambatkan tempoh pembayaran oleh pelanggan serta kemajuan projek-projek yang dijalankan oleh Serba Dinamik Group.
Ini telah menyebabkan paras inventori tinggi dan kelambatan penukaran inventori kepada tunai dan setara tunai, mengakibatkan kutipan menjadi perlahan, tambahnya.
Pada 13 Mei, 2022 syarikat perkhidmatan kejuruteraan ini telah memfailkan permohonan mengikut Seksyen 366 Akta Syarikat 2016 untuk mendapatkan kebenaran bagi mengadakan mesyuarat yang diarahkan mahkamah dengan pemiutang dan untuk perintah sekatan diberikan ke atas anak-anak syarikat Serba Dinamik.
Datuk Abdul Kadier Sahib, sebagai pemegang saham syarikat, telah memfailkan permohonan yang sama mengikut Seksyen 366 Akta Syarikat 2016 untuk mendapatkan kebenaran untuk syarikat itu mengadakan mesyuarat diarahkan mahkamah dengan pemiutangnya secara kolektif.
Pada penutupan dagangan Bursa Malaysia semalam, harga saham Serba Dinamik susut setengah sen kepada 16 sen dengan 215.78 juta saham bertukar tangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 18 2022
![Serba Dinamik, anak syarikat kenal pasti aset untuk dijual selesaikan liabiliti Serba Dinamik, anak syarikat kenal pasti aset untuk dijual selesaikan liabiliti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652893182_SerbaDinamikBurs.jpg)
Pada penutupan dagangan Bursa Malaysia semalam, harga saham Serba Dinamik susut setengah sen kepada 16 sen dengan 215.78 juta saham bertukar tangan. - Gambar hiasan
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Mahkamah ketepi rayuan penggulungan selepas Serba Dinamik, 3 anak syarikat tarik balik rayuan Mahkamah ketepi rayuan penggulungan selepas Serba Dinamik, 3 anak syarikat tarik balik rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719314788_TBgavel.jpg)
Mahkamah ketepi rayuan penggulungan selepas Serba Dinamik, 3 anak syarikat tarik balik rayuan
Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya hari ini menarik balik rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.
![Serba Dinamik dinyah senarai jika gagal kemuka pelan penyusunan semula 15 Mei - Bursa Malaysia Serba Dinamik dinyah senarai jika gagal kemuka pelan penyusunan semula 15 Mei - Bursa Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652068316_serbadinamik.jpg)
Serba Dinamik dinyah senarai jika gagal kemuka pelan penyusunan semula 15 Mei - Bursa Malaysia
Serba Dinamik juga akan dinyah senarai jika ia gagal mendapatkan kelulusan untuk pelaksanaan pelan penyusunan semula.
![Bursa tegur, denda 10 pengarah Serba Dinamik Bursa tegur, denda 10 pengarah Serba Dinamik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649855075_SerbaDinamik.jpg)
Bursa tegur, denda 10 pengarah Serba Dinamik
Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Serba Dinamik Holdings Bhd dan 10 pengarahnya serta turut mengenakan denda daripada RM355,200 hingga RM1.38 juta.
![Kerugian bersih Serba Dinamik naik kepada RM1.3 bilion Kerugian bersih Serba Dinamik naik kepada RM1.3 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636733796_SerbaDinamik.jpg)
Kerugian bersih Serba Dinamik naik kepada RM1.3 bilion
Perolehan merosot kepada RM403.23 juta berbanding RM1.35 bilion pada tahun lepas manakala kerugian sesaham mencatatkan 34.88 sen daripada 29.34 sen.
![Serba Dinamik kemuka rayuan pada Bursa Malaysia bagi membatalkan dinyah senarai Serba Dinamik kemuka rayuan pada Bursa Malaysia bagi membatalkan dinyah senarai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652159869_SerbaDinamikBurs.jpg)
Serba Dinamik kemuka rayuan pada Bursa Malaysia bagi membatalkan dinyah senarai
Serba Dinamik Holdings Bhd telah mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk membatalkan sekuriti syarikat daripada dinyah senarai di bursa tempatan.
![Pelikuidasi Serba Dinamik adakan mesyuarat bersama pemiutang Oktober ini Pelikuidasi Serba Dinamik adakan mesyuarat bersama pemiutang Oktober ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652068316_serbadinamik.jpg)
Pelikuidasi Serba Dinamik adakan mesyuarat bersama pemiutang Oktober ini
Kumpulan itu berkata, mesyuarat itu dijadualkan pada 11 hingga 13 Oktober ini.
![Anak syarikat Serba Dinamik ingkar bayar RM14.63 juta bagi pembiayaan, ekuiti berjangka Anak syarikat Serba Dinamik ingkar bayar RM14.63 juta bagi pembiayaan, ekuiti berjangka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649855075_SerbaDinamik.jpg)
Anak syarikat Serba Dinamik ingkar bayar RM14.63 juta bagi pembiayaan, ekuiti berjangka
Bagi PBB, tarikh keingkaran bayaran pinjaman SDSB adalah pada 3 Feb, 2023 dengan jumlah RM528,215.91 setakat 10 Jan, 2023.
![Serba Dinamik, anak syarikat gagal peroleh penggantungan kekal perintah penggulungan Serba Dinamik, anak syarikat gagal peroleh penggantungan kekal perintah penggulungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649855075_SerbaDinamik.jpg)
Serba Dinamik, anak syarikat gagal peroleh penggantungan kekal perintah penggulungan
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) dan tiga anak syarikatnya untuk menggantung secara kekal perintah penggulungan terhadap mereka sementara menunggu rayuan.
![Pernas peroleh ringkasan penghakiman berkaitan tuntutan RM46 juta ke atas pemilik Serba Dinamik Pernas peroleh ringkasan penghakiman berkaitan tuntutan RM46 juta ke atas pemilik Serba Dinamik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675823399_TBPERNAS.jpg)
Pernas peroleh ringkasan penghakiman berkaitan tuntutan RM46 juta ke atas pemilik Serba Dinamik
Ringkasan penghakiman itu diberikan oleh hakim Ong Chee Kwan, yang turut membenarkan Pernas membatalkan tuntutan balas Mohd Abdul Karim.
![Mahkamah Tinggi benarkan petisyen untuk gulung Serba Dinamik, 3 anak syarikat Mahkamah Tinggi benarkan petisyen untuk gulung Serba Dinamik, 3 anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673362992_TBCourtHammer.jpg)
Mahkamah Tinggi benarkan petisyen untuk gulung Serba Dinamik, 3 anak syarikat
Mahkamah Tinggi membenarkan petisyen yang difailkan oleh enam institusi kewangan untuk menggulung Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya.