Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada Khamis mengumumkan bahawa ia telah meluluskan langkah tambahan oleh Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) untuk membantu peserta pasaran dalam persekitaran pasaran yang tidak menentu dan mencabar ini.
Dalam satu kenyataaan, SC berkata para broker, atas budi bicara mereka, tidak boleh membuat panggilan margin atau mengenakan pengurangan nilai ke atas apa-apa cagaran dan sekuriti yang dibeli dan dibawa ke dalam akaun margin.
Mereka juga diberi kuasa untuk menggunakan budi bicara sama ada hendak mengenakan langkah-langkah jualan paksa ke atas pelanggan atau tidak.
Sebelum ini, broker dikehendaki secara automatik mencairkan akaun margin pelanggan sekiranya ekuiti dalam akaun tersebut jatuh di bawah 130% daripada baki tertunggak.
SC juga telah meluluskan senarai dengan tambahan cagaran yang diterima bagi pembiayaan margin.
Dengan kelonggaran ini, broker kini boleh menerima cagaran lain seperti bon, unit amanah, emas dan harta tak alih untuk mengekalkan akaun margin pelanggan mereka, dan menilai cagaran ini dengan sewajarnya, kata SC.
Kesemua langkah di atas yang berkuat kuasa dari 27 Mac hingga 30 September 2020, ia adalah tertakluk kepada broker yang memenuhi nisbah kecukupan modal dan dana pemegang saham masing-masing seperti yang dikehendaki oleh Bursa Malaysia.
Mereka juga diharapkan menggunakan budi bicara mengikut polisi risiko kredit masing-masing.
"Langkah ini akan membantu para broker untuk terus memberi tumpuan kepada perniagaan mereka dan membantu pelanggan mereka dalam tempoh ketidaktentuan dan ketidakpastian yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang disebabkan oleh kesan COVID-19 yang lebih meluas terhadap pasaran," kata Pengerusi SC Datuk Syed Zaid Albar.
Sementara itu, untuk memudahcarakan pematuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), broker, peserta dagangan, peserta penjelasan dan ejen depositori yang diberi kuasa adalah digalakkan untuk menjalankan tempoh perkhidmatan kaunter yang lebih pendek kepada pelanggan mereka.
Butiran lanjut mengenai langkah tambahan ini akan diumumkan oleh Bursa Malaysia.
SC turut mengesahkan bahawa pasaran modal akan terus beroperasi seperti biasa, dalam waktu dagangan biasa, semasa tempoh MCO yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020.
Semua peserta pasaran modal berlesen dan berdaftar dikehendaki tetap dibuka dan beroperasi selaras dengan objektif Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan COVID-19.
SC telah secara proaktif memantau perkembangan berkaitan COVID-19 di peringkat negara dan global untuk menilai impaknya dan akan terus menilai dan menyelaras tahap responsnya demi mengekalkan integriti pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 26 2020

SC turut mengesahkan bahawa pasaran modal akan terus beroperasi seperti biasa, dalam waktu dagangan biasa, semasa tempoh MCO yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Broker didakwa tipu berhubung pembelian landasan kereta api terpakai
Seorang broker mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang pengarah syarikat perniagaan barang lusuh berhubung pembelian landasan kereta api terpakai sehi

Wanita bunuh kucing bunting direman empat hari
Semalam Astro Awani melaporkan seorang wanita bertindak kejam apabila tergamak memukul dua ekor kucing dengan sebatang besi sehingga salah seekor daripada kucing yang sedang bunting mati.

Bursa Malaysia umum tujuh lagi langkah bantuan bagi atasi COVID-19
Langkah-langkah ini diwujudkan untuk membantu mengurangkan beban kewangan dan memberikan kelonggaran yang lebih banyak dalam menempuh waktu mencabar ketika COVID-19.

SC umum kelonggaran pembiayaan margin untuk peserta pasaran modal
Para broker, atas budi bicara mereka, tidak boleh membuat panggilan margin atau mengenakan pengurangan nilai ke atas apa-apa cagaran dan sekuriti yang dibeli dan dibawa ke dalam akaun margin.

Broker terkejut, rumah hendak dijual ada rangka manusia
Seorang broker rumah terkejut apabila menemui rangka manusia dalam sebuah rumah di Taman Century Garden, di sini ketika mahu memaklumkan rumah terbabit akan dijual.

Broker perlu guna pakai pendigitalan lebih luas bagi tarik pelabur muda
Lim Guan Eng berkata, pelabur mahukan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang lebih murah.

Dua termasuk pengurus kuari ditahan SPRM, kes beli tanah lot lebih RM1.8 juta
Siasatan awal mendapati pengurus kuari tersebut disyaki bersubahat dengan broker berkenaan bagi pembelian dua tanah lot di Mukim Kurong Anai, Perlis.

Proksi Ahli Parlimen ditahan SPRM
Majistret Mahkamah Putrajaya, Shah Wira Abdul Halim membenarkan suspek lelaki berusia 40 tahun itu direman selama enam hari hingga 8 Oktober ini selepas SPRM membuat permohonan tersebut pada Rabu.

Pejabat MB Johor nafi ada broker untuk projek
Pejabat Menteri Besar Johor hari ini menafikan dakwaan bahawa ada pegawainya yang menyalahgunakan kuasa termasuk "menjadi broker" dalam mendapatkan projek-projek berkaitan kerajaan.

PRU14 tidak beri impak ke atas asas ekonomi Malaysia - Alpari Research
Ekonomi Malaysia akan kekal berdaya tahan kerana ia telah berjaya mengurangkan pergantungan kepada pendapatan minyak.