Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang broker jualan kenderaan bergelar 'Datuk Indera' bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit.
Majistret Mahkamah Putrajaya, Shah Wira Abdul Halim membenarkan suspek lelaki berusia 40 tahun itu direman selama enam hari hingga 8 Oktober ini selepas SPRM membuat permohonan tersebut pada Rabu lalu.
Menurut sumber, suspek berusia 40 tahun itu dipercayai proksi kepada seorang Ahli Parlimen yang telah ditahan SPRM baru-baru ini.
Menurutnya lagi, lelaki berkenaan berperanan sebagai ‘runner’ dalam urusan perpindahan wang rasuah membabitkan syarikat kontraktor.
Difahamkan, siasatan SPRM ketika ini dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Penahanan terbaharu ini menjadikan sejumlah empat individu direman sejak 26 September lalu, termasuk Ahli Parlimen tersebut, berhubung kes sama.
Diyana Ibrahim
Fri Oct 05 2018
SPRM menahan reman seorang broker jualan kenderaan bergelar 'Datuk Indera' bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit. -Gambar fail
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Bangladesh minta Hasina diekstradisi
Penasihat luar kerajaan sementara berkata telah menghantar nota rasmi kepada Kerajaan India bahawa Kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali ke negara itu untuk menjalani proses kehakiman.
Bangladesh tidak benarkan lagi kemasukan Rohingya
Bangladesh tegaskan, ia tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya, lebih-lebih lagi apabila kira-kira 60,000 pelarian itu memasuki negara Asia Selatan itu dalam tempoh dua tahun lalu
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai Januari
Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari 2025.
Rusia pertimbang penerbangan terus ke Malaysia
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Broker didakwa tipu berhubung pembelian landasan kereta api terpakai
Seorang broker mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang pengarah syarikat perniagaan barang lusuh berhubung pembelian landasan kereta api terpakai sehi
Wanita bunuh kucing bunting direman empat hari
Semalam Astro Awani melaporkan seorang wanita bertindak kejam apabila tergamak memukul dua ekor kucing dengan sebatang besi sehingga salah seekor daripada kucing yang sedang bunting mati.
Bursa Malaysia umum tujuh lagi langkah bantuan bagi atasi COVID-19
Langkah-langkah ini diwujudkan untuk membantu mengurangkan beban kewangan dan memberikan kelonggaran yang lebih banyak dalam menempuh waktu mencabar ketika COVID-19.
SC umum kelonggaran pembiayaan margin untuk peserta pasaran modal
Para broker, atas budi bicara mereka, tidak boleh membuat panggilan margin atau mengenakan pengurangan nilai ke atas apa-apa cagaran dan sekuriti yang dibeli dan dibawa ke dalam akaun margin.
Broker terkejut, rumah hendak dijual ada rangka manusia
Seorang broker rumah terkejut apabila menemui rangka manusia dalam sebuah rumah di Taman Century Garden, di sini ketika mahu memaklumkan rumah terbabit akan dijual.
Broker perlu guna pakai pendigitalan lebih luas bagi tarik pelabur muda
Lim Guan Eng berkata, pelabur mahukan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang lebih murah.
Dua termasuk pengurus kuari ditahan SPRM, kes beli tanah lot lebih RM1.8 juta
Siasatan awal mendapati pengurus kuari tersebut disyaki bersubahat dengan broker berkenaan bagi pembelian dua tanah lot di Mukim Kurong Anai, Perlis.
Proksi Ahli Parlimen ditahan SPRM
Majistret Mahkamah Putrajaya, Shah Wira Abdul Halim membenarkan suspek lelaki berusia 40 tahun itu direman selama enam hari hingga 8 Oktober ini selepas SPRM membuat permohonan tersebut pada Rabu.
Pejabat MB Johor nafi ada broker untuk projek
Pejabat Menteri Besar Johor hari ini menafikan dakwaan bahawa ada pegawainya yang menyalahgunakan kuasa termasuk "menjadi broker" dalam mendapatkan projek-projek berkaitan kerajaan.
PRU14 tidak beri impak ke atas asas ekonomi Malaysia - Alpari Research
Ekonomi Malaysia akan kekal berdaya tahan kerana ia telah berjaya mengurangkan pergantungan kepada pendapatan minyak.