Pejabat Menteri Besar Johor hari ini menafikan dakwaan bahawa ada pegawainya yang menyalahgunakan kuasa termasuk "menjadi broker" dalam mendapatkan projek-projek berkaitan kerajaan.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, pejabat itu menegaskan bahawa individu yang dimaksudkan bukanlah pegawai khas kepada Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian.
"Pentadbiran ini memandang serius terhadap tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama Menteri Besar Johor untuk mendapatkan projek-projek berkaitan kerajaan," menurut pejabat itu di sini, lewat petang tadi.
Selain itu, pejabat Menteri Besar turut mengingatkan agar pegawai kerajaan negeri tidak perlu takut dengan desakan pihak-pihak tertentu yang ingin mendapatkan tender kerajaan dengan tidak mengikut prosedur yang betul.
"Kerajaan negeri juga berpendirian bahawa sebarang projek hendaklah melalui proses tender terbuka seperti yang tertulis dalam manifesto Pakatan Harapan Johor," tambah pejabat itu.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab beberapa kiriman dalam laman sosial Facebook yang mendakwa terdapat individu yang mengakui dirinya pegawai khas Menteri Besar Johor dan menjadi "broker" kepada projek-projek berkaitan kerajaan negeri. -- Bernama
Bernama
Wed Sep 12 2018
![Pejabat MB Johor nafi ada broker untuk projek Pejabat MB Johor nafi ada broker untuk projek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81536761978_PejabatMenteriBesar.jpg)
Pejabat Menteri Besar Johor menegaskan bahawa individu yang dimaksudkan bukanlah pegawai khas kepada Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian. - Twitter/@KitaBangsaJohor
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Broker didakwa tipu berhubung pembelian landasan kereta api terpakai Broker didakwa tipu berhubung pembelian landasan kereta api terpakai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708677249_broker.jpg)
Broker didakwa tipu berhubung pembelian landasan kereta api terpakai
Seorang broker mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang pengarah syarikat perniagaan barang lusuh berhubung pembelian landasan kereta api terpakai sehi
![Wanita bunuh kucing bunting direman empat hari Wanita bunuh kucing bunting direman empat hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51609392553_BUNUHKUCING.jpg)
Wanita bunuh kucing bunting direman empat hari
Semalam Astro Awani melaporkan seorang wanita bertindak kejam apabila tergamak memukul dua ekor kucing dengan sebatang besi sehingga salah seekor daripada kucing yang sedang bunting mati.
![Bursa Malaysia umum tujuh lagi langkah bantuan bagi atasi COVID-19 Bursa Malaysia umum tujuh lagi langkah bantuan bagi atasi COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/71517802108_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia umum tujuh lagi langkah bantuan bagi atasi COVID-19
Langkah-langkah ini diwujudkan untuk membantu mengurangkan beban kewangan dan memberikan kelonggaran yang lebih banyak dalam menempuh waktu mencabar ketika COVID-19.
![SC umum kelonggaran pembiayaan margin untuk peserta pasaran modal SC umum kelonggaran pembiayaan margin untuk peserta pasaran modal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/61504785974_SCM.jpg)
SC umum kelonggaran pembiayaan margin untuk peserta pasaran modal
Para broker, atas budi bicara mereka, tidak boleh membuat panggilan margin atau mengenakan pengurangan nilai ke atas apa-apa cagaran dan sekuriti yang dibeli dan dibawa ke dalam akaun margin.
![Broker terkejut, rumah hendak dijual ada rangka manusia Broker terkejut, rumah hendak dijual ada rangka manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51570517285_TBRANGKA.jpg)
Broker terkejut, rumah hendak dijual ada rangka manusia
Seorang broker rumah terkejut apabila menemui rangka manusia dalam sebuah rumah di Taman Century Garden, di sini ketika mahu memaklumkan rumah terbabit akan dijual.
![Broker perlu guna pakai pendigitalan lebih luas bagi tarik pelabur muda Broker perlu guna pakai pendigitalan lebih luas bagi tarik pelabur muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51460529728_ChinaEconomy.jpg)
Broker perlu guna pakai pendigitalan lebih luas bagi tarik pelabur muda
Lim Guan Eng berkata, pelabur mahukan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang lebih murah.
![Dua termasuk pengurus kuari ditahan SPRM, kes beli tanah lot lebih RM1.8 juta Dua termasuk pengurus kuari ditahan SPRM, kes beli tanah lot lebih RM1.8 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/51547096697_SPRM.jpg)
Dua termasuk pengurus kuari ditahan SPRM, kes beli tanah lot lebih RM1.8 juta
Siasatan awal mendapati pengurus kuari tersebut disyaki bersubahat dengan broker berkenaan bagi pembelian dua tanah lot di Mukim Kurong Anai, Perlis.
![Proksi Ahli Parlimen ditahan SPRM Proksi Ahli Parlimen ditahan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/51533113657_BajuLokap.jpg)
Proksi Ahli Parlimen ditahan SPRM
Majistret Mahkamah Putrajaya, Shah Wira Abdul Halim membenarkan suspek lelaki berusia 40 tahun itu direman selama enam hari hingga 8 Oktober ini selepas SPRM membuat permohonan tersebut pada Rabu.
![Pejabat MB Johor nafi ada broker untuk projek Pejabat MB Johor nafi ada broker untuk projek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81536761978_PejabatMenteriBesar.jpg)
Pejabat MB Johor nafi ada broker untuk projek
Pejabat Menteri Besar Johor hari ini menafikan dakwaan bahawa ada pegawainya yang menyalahgunakan kuasa termasuk "menjadi broker" dalam mendapatkan projek-projek berkaitan kerajaan.
![PRU14 tidak beri impak ke atas asas ekonomi Malaysia - Alpari Research PRU14 tidak beri impak ke atas asas ekonomi Malaysia - Alpari Research](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81511170344_ringgit.jpg)
PRU14 tidak beri impak ke atas asas ekonomi Malaysia - Alpari Research
Ekonomi Malaysia akan kekal berdaya tahan kerana ia telah berjaya mengurangkan pergantungan kepada pendapatan minyak.