KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri dagangan dengan prestasi lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ketika peserta pasaran menunggu data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS bagi Mac dikeluarkan pada Rabu, kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7455/7500 berbanding dolar AS daripada 4.7505/7545 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata IHP keseluruhan dan teras itu dijangka pada 3.4 peratus bagi Mac berbanding 3.2 peratus pada Februari, serta 3.7 peratus pada Mac berbanding 3.8 peratus pada Februari, berdasarkan jangkaan konsensus.
"Nampaknya jangkaan bagi tiga kali penurunan kadar faedah di AS tahun ini boleh diteliti semula memandangkan pertumbuhan pekerjaan yang kukuh baru-baru ini pada Mac.
"Selain itu, jika kadar inflasi mengambil masa lebih panjang untuk mencapai sasaran dua peratus, Rizab Persekutuan mempunyai lebih banyak sebab untuk terus berwaspada terhadap risiko inflasi yang lebih tinggi terutama apabila harga minyak mentah kekal tinggi. Oleh itu, ringgit mungkin lemah dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama.
Pada penutupan dagangan hari ini, ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama kecuali yen Jepun.
Unit domestik kukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1255/1287 daripada 3.1278/1306 ketika ditutup pada Isnin namun, susut berbanding euro kepada 5.1565/1614 daripada 5.1434/1477.
Mata wang tempatan rendah berbanding pound British kepada 6.0173/0230 daripada 5.9980/0030 semalam.
Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean.
Unit tempatan turun berbanding baht Thailand kepada 13.0500/13.0678 daripada 12.9434/12.9596 pada Isnin serta lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.5262/5298 daripada 3.5202/5234.
Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 299.3/299.8 daripada 299.7/300.1 ketika ditutup semalam dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.41/8.42.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2024
Pada penutupan dagangan hari ini, ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama kecuali yen Jepun. - Gambar fail/Bernama
Lebih RM141 juta dibelanjakan untuk Bantuan Prihatin Pahang - MB
Kerajaan Pahang telah membelanjakan lebih RM141 juta bagi program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bermula 2020 sehingga kini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Bayi masih bertali pusat ditemui dalam kotak berhampiran Gua Tempurung
Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di sini pada Ahad.
AWANI Ringkas: Forum Ekonomi Qatar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Julina dilantik Ketua Pengarah JaPen baharu
Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Imigresen tumpas sindiket ubah suai pasport 'Ofu Bhai'
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas.
Putin lantik penasihat ekonomi sebagai Menteri Pertahanan
Presiden Russia, Vladimir Putin menggugurkan Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dalam rombakan Kabinetnya yang sekali gus menyaksikan perubahan besar kepemimpinan tentera selepas lebih dua tahun berlangsung perang Ukraine.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Tindakan itu menyerlahkan ketegangan semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu ketika operasi Israel di bandar sempadan Rafah menguji perjanjian jangka panjang dan kerjasama keselamatan.
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Malaysia negara ketujuh disinggah kapal TCG Kinaliada F514
Malaysia merupakan negara ketujuh persinggahan kapal perang TCG Kinaliada F514 milik Republik Turki pada Isnin.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Ringgit teruskan peningkatan, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7850/7885 berbanding dolar AS daripada 4.7910/7950 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang pengumuman data IHP AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7455/7500 berbanding dolar AS daripada 4.7505/7545 ketika ditutup semalam.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Urbanisasi meningkat 75.1 peratus pada 2020 - DOSM
Urbanisasi meningkat kepada 75.1 peratus pada tahun 2020 yang membawa kepada peningkatan kualiti hidup dan jangka hayat penduduk Malaysia.
Inflasi keseluruhan dijangka pada purata dua dan 3.5 peratus - Bank Negara
Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada tahun ini, berpurata antara dua peratus dan 3.5 peratus.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama lain pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6790/6830 berbanding dolar AS daripada 4.6805/6830 pada akhir urus niaga semalam.
Kadar inflasi kekal 1.5 peratus, mata indeks meningkat kepada 131.4
Mohd Uzir berkata, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras nasional 1.5 peratus.