Beliau berkata sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh jangkaan terhadap langkah-langkah rangsangan China yang seterusnya dan pemotongan kadar faedah tambahan di Amerika Syarikat (AS) ketika peniaga menunggu petunjuk lanjut mengenai dasar monetari AS.
"Bagaimanapun, kejatuhan selanjutnya dihadkan oleh ringgit (lebih rendah) berbanding dolar AS dan kebimbangan terhadap bekalan getah asli global yang terhad," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata dilaporkan Bank Rakyat China dijangka membuat keputusan mengenai kadar utama pinjamannya minggu depan kerana Beijing mungkin akan mendedahkan lebih banyak langkah rangsangan di dua mesyuarat utama pada Disember.
Peniaga itu memetik Biro Statistik Buruh Jabatan Buruh AS yang mengumumkan indeks harga pengguna (IHP) meningkat 0.2 peratus pada Oktober untuk bulan keempat berturut-turut dan meningkat 2.6 peratus pada asas tahunan, memastikan Rizab Persekutuan AS berada di landasan yang betul bagi mengurangkan kadarnya pada mesyuarat seterusnya Disember.
Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM), harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) susut 5.0 sen kepada 849.50 sen sekilogram, manakala harga susu getah pukal meningkat 3.0 sen kepada 673.00 sekilogram.
Pada 5 petang, GMM 20 berada pada 845.50 sen sekilogram, manakala susu getah pukal pada 677.00 sen sekilogram.
-- BERNAMA