KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini didorong jangkaan bahawa kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) sudah berakhir berdasarkan kenyataan yang cenderung menurunkan kadar faedah oleh Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell pada Jumaat.
Turut memainkan peranan ialah data pembayaran gaji bukan ladang (NFP) dan kadar pengangguran di AS untuk November yang akan dikeluarkan minggu ini yang mampu mempengaruhi prospek kadar faedah AS, terutamanya berkaitan harapan pemotongan kadar lebih awal.
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.6550/6600 berbanding dolar AS daripada 4.6710/6760 ketika ditutup pada Jumaat.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit menembusi paras rintangan serta-merta pada RM4.6611 hari ini. Pada ketika ini, ringgit diniagakan sekitar RM4.6568 dengan paras rintangan seterusnya pada RM4.5778 berdasarkan carta anjakan Fibonacci," katanya kepada Bernama.
Powell pada Jumaat menolak jangkaan pasaran untuk pemotongan kadar faedah yang agresif pada masa hadapan.
Bagaimanapun, kenyataan beliau seakan mengesahkan bahawa Fed sekurang-kurangnya telah menghentikan kenaikan kadar dengan ketua Fed menyatakan bahawa "'inflasi berada pada landasan yang betul". Justeru, pasaran sebahagian besarnya menganggap kenyataan Powell itu cenderung kepada menurunkan kadar.
"Dari sudut teknikal, peningkatan nilai ringgit kelihatan terhad memandangkan gandingan dolar AS-ringgit sudah berada pada atau menghampiri keadaan terlebih beli," kata Afzanizam.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia menokok berbanding euro kepada 5.0623/0677 daripada 5.0900/0954 ketika ditutup pada Jumaat, dan naik berbanding pound Britain kepada 5.8997/9061 daripada 5.9168/9231 sebelum itu.
Bagaimanapun, mata wang tempatan itu susut berbanding yen Jepun kepada 3.1751/1787 daripada 3.1591/1627sebelum itu.
Sementara itu, ringgit mengukuh berbanding mata wang Asean yang lain.
Ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.4882/4925 daripada 3.4973/5016 pada Jumaat, mengukuh berbanding baht That kepada 13.3183/3368 daripada 13.3301/3505 sebelum itu, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 300.9/301.5 daripada 301.5/302.1 dan melonjak berbanding peso Filipina kepada 8.41/8.42 daripada 8.43/8.44 sebelum itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama. - Gambar fail/Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Ringgit ditutup hampir pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan
Pada 6 petang, Ringgit melonjak hampir ke paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan pada 4.6200/6235 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6350/6375 pada Isnin.

Ringgit cecah paras 4.65 semula berbanding dolar AS
Ringgit menutup minggu ini lebih kukuh berbanding dolar AS, pada 4.6550/6605 hari ini berbanding 4.6600/6625 yang disaksikan semasa penutup Khamis.

Penganalisis positif terhadap prospek pertumbuhan sektor industri tahun ini
Penganalisis masih positif terhadap prospek pertumbuhan sektor perindustrian tahun ini.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.6550/6600 berbanding dolar AS daripada 4.6710/6760 ketika ditutup pada Jumaat.

Ringgit pulih, ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat sedikit kepada 4.5615/5650 berbanding dolar AS, daripada 4.5640/5690 ketika ditutup pada Isnin.