KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat kembali berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup tinggi sedikit pada Selasa selepas mengalami penurunan lima hari berturut-turut, disokong tindakan People's Bank of China yang memulihkan yuan untuk lebih kukuh, manakala prospek lebih banyak rangsangan dasar di China juga menjadi petanda baik bagi pengeksport seperti Malaysia.
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat sedikit kepada 4.5615/5650 berbanding dolar AS, daripada 4.5640/5690 ketika ditutup pada Isnin.
Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata harga minyak mentah yang lebih tinggi juga mendorong peningkatan nilai mata wang tempatan namun, pergerakan naik ringgit sudah pasti dipacu oleh jangkaan pasaran mengenai rangsangan dasar oleh China.
"Walau bagaimanapun, unit tempatan masih dikekang oleh dolar AS yang secara amnya lebih kukuh di G-10 memandangkan hasil Perbendaharaan AS meningkat menjelang kemungkinan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) minggu ini," katanya kepada Bernama.
Negara G-10 ialah Belgium, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Netherlands, Sweden, Switzerland, United Kingdom dan AS.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid yakin pasaran masih berhati-hati berhubung penilaian ekonomi terkini oleh Fed, terutama selepas kadar inflasi keseluruhan AS turun kepada tiga peratus pada Jun.
"Jika Fed kekal dengan pendirian untuk kadar faedah tinggi, risiko negatif terhadap ringgit boleh kekal bagi jangka masa terdekat," katanya.
Dagangan hari ni menyaksikan unit tempatan diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit meningkat berbanding euro kepada 5.0368/0407 daripada 5.0578/0634 ketika ditutup pada Isnin serta lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.2266/2293 daripada 3.2307/2345 semalam.
Walau bagaimanapun, ringgit diniagakan hampir mendatar berbanding pound British pada 5.8547/8592 daripada 5.8556/8620.
Mata wang tempatan didagangkan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean lain.
Ringgit susut berbanding peso Filipina kepada 8.36/8.37 daripada 8.35/8.37 ketika ditutup pada Isnin serta rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 304.0/304.5 daripada 303.6/304.2.
Unit domestik juga turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4325/4354 daripada 3.4287/4328 namun, meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2148/2300 daripada 13.2417/2623 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023
Dagangan hari ni menyaksikan unit tempatan diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding sekumpulan mata wang utama. - Gambar fail/Bernama
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, meningkat daripada penyusutan baru-baru ini.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, melonjak ke paras tertinggi dalam 34 bulan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ke paras tertinggi dalam 34 bulan, selepas China mengumumkan pakej rangsangan yang bertujuan mencergaskan kembali ekonominya.
Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan melonjak kepada 4.2025/2105 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) mencapai paras tertinggi sejak 2 Feb, 2023 ketika ditutup hari ini.
Ringgit terus positif, naik 7.86 peratus sehingga kini berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.2535/2645 berbanding dolar AS daripada 4.2975/3050 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit lepasi paras 4.30, cecah paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2975/3050 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3330/3370 pada Khamis.
Ringgit naik berbanding dolar AS, hampiri paras sokongan segera RM4.3259
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada hari kedua berturut-turut untuk menghampiri paras sokongan segera RM4.3259, kata pakar ekonomi.
Pasaran getah ditutup tinggi disokong pasaran hadapan getah serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Khamis, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran hadapan getah serantau dan kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
Ringgit teruskan peningkatan berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan peningkatan berbanding dolar AS untuk hari ketiga berturut-turut berikutan kesan limpahan daripada minat pelabur asing terhadap bursa tempatan, kata ahli ekonomi.
7 termasuk suami isteri ditahan, dadah lebih RM10 juta dirampas
Polis menahan tujuh individu termasuk pasangan suami isteri dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM10 juta dalam tiga serbuan di sekitar bandar raya ini pada 12 Ogos lepas.