Ringgit dijangka meningkat perlahan-lahan melepasi paras psikologi 4.0 berbanding dolar AS kerana unit tempatan itu telah stabil dan membentuk asas kukuh pada paras semasa, demikian menurut ForexTime (FXTM) Ltd.
Naib Presiden Pembangunan Korporat dan Penyelidikan Pasaran FXTM, Jameel Ahmad berkata pasaran telah mula mengunjurkan mata wang Malaysia itu meningkat kembali ke paras yang ia biasa diniagakan pada 2015.
"Saya percaya situasi buruk bagi ringgit telah berakhir. Prospeknya lebih optimistik pada masa hadapan.
"Faktor-faktor luar, seperti pemulihan harga minyak dan kelemahan berterusan dolar AS...akan menyediakan faktor positif bagi ekonomi tempatan dan mata wang negara sedang pesat membangun seperti ringgit.
"Secara andaiannya, senario terbaik bagi ringgit kemungkinan sekitar jajaran 3.80-3.90 (berbanding dolar AS), dan pasaran menjangka ia mungkin berlaku dalam suku kedua atau suku ketiga tahun depan," katanya kepada Bernama.
Kebimbangan terhadap lebihan bekalan minyak mentah, yang menyebabkan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) melepasi di bawah paras utama US$50 setong pada pertengahan 2015, mencetuskan momentum jualan dalam mata wang ekonomi-ekonomi sedang pesat membangun yang berkaitan dengan eksport minyak mentah, termasuk ringgit.
Ia berlaku pada masa yang sama ketika minat terhadap dolar AS meningkat, dengan kadar faedah Rizab Persekutuan AS (Fed) turut meningkat.
Unit tempatan diniagakan pada paras 3.77 berbanding dolar AS pada akhir Jun 2015, 2.80 berbanding dolar Singapura, 3.08 berbanding yen Jepun, 5.93 berbanding pound British dan 4.21 berbanding euro.
Ketika ini ringgit berada pada paras purata 4.24 berbanding dolar AS, kata Jameel, yang percaya mata wang tempatan itu di bawah nilai dan masih terlebih jual.
"Dengan ekonomi Malaysia mencatatkan prestasi lebih baik daripada dijangkakan, dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) tinggi sekitar 5.0 peratus, ia mewajarkan ringgit diniagakan pada paras yang lebih baik," katanya sambil menambah ringgit dijangka mengukuh perlahan-lahan tanpa banyak dagangan tidak menentu pada jajaran 4.30-4.15 ke arah penghujung tahun.
Jameel yang juga Ketua Analisis Pasaran FXTM juga berkata lantunan semula harga minyak mentah daripada paras terendahnya, perkembangan di Amerika Syarikat dan kemasukan semula portfolio pelabur asing ke pasaran kewangan dan pasaran modal Malaysia merupakan antara faktor yang membantu menstabilkan nilai ringgit.
Meskipun penormalan Fed dan jangkaan kenaikan kadar faedahnya telah diambil kira oleh pasaran, beliau berkata dolar AS hilang rangsangan berikutan tidak ada sebarang kemajuan daripada pelaksanaan dasar Presiden AS Donald Trump.
Beliau berkata pasaran ketika ini bimbang dengan dua faktor - dasar cukai AS dan siapa yang akan dilantik sebagai Pengerusi Fed seterusnya.
Pasaran nampaknya mengambil kira seseorang yang lebih cenderung kepada kadar faedah tinggi akan menggantikan Janet Yellen, kata Jameel.
Mengenai harga minyak mentah, beliau berkata, terdapat kemungkinan cubaan lantunan semula ke paras US$60-US$65 setong tahun depan dan ia akan memberi prospek positif kepada mata wang ekonomi negara sedang pesat membangun yang berkaitan dengan eksport minyak mentah, termasuk Ringgit.
"Apabila ringgit pulih dan mengukuh berbanding dolar AS, ia juga akan mengukuh berbanding mata wang lain. Anda akan lihat ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Singapura, rupiah Indonesia dan berbanding mata wang asas lain di Asia," katanya.
Meskipun faktor-faktor luaran mungkin lebih mempengaruhi sentimen pelabur berkaitan dengan ringgit, Jameel memberi amaran peningkatan ketegangan geopolitik akan mengubah senario dagangan dan unjuran bagi ringgit pada tahun depan.
"Jika ketegangan geopolitik memuncak, pasaran akan melihat lebih banyak permintaan terhadap aset selamat," katanya sambil menambah selain emas, yen Jepun kini mencatatkan prestasi sebagai mata wang selamat semasa keadaan tidak menentu, seperti semasa pengunduran United Kingdom daripada Kesatuan Eropah dan selepas pilihan raya Presiden AS 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2017
Ringgit dijangka meningkat perlahan-lahan melepasi paras psikologi 4.0 berbanding dolar AS kerana unit tempatan itu telah stabil dan membentuk asas kukuh pada paras semasa. -Gambar fail/Reuters
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
AS siasat wabak E. coli berkaitan lobak merah organik
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad, lapor Xinhua.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.