Penerimaan orang ramai terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kini bertambah baik berikutan tidak ada banyak aduan berhubung pelaksanaan cukai baharu itu.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman & Cukai Barangan dan Perkhidmatan) Datuk Subromaniam Tholasy berkata rakyat kini semakin faham dan sudah mula menerima cukai baharu yang mula diperkenalkan pada 1 April lalu itu.
"Sekarang kalau kita lihat dah lebih tujuh bulan pelaksanaannya, penerimaan rakyat semakin baik. Rakyat sebenarnya dah faham dan kalau kita lihat tidak ada banyak aduan lagi mengenai GST ini.
"Malah saya masih ingat pada hari pertama pelaksanaannya dulu tak silap saya ada lebih 800 aduan tapi sekarang hampir tiada...rakyat dah mula faham," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar GST (Hartanah dan Pembinaan) anjuran Pegawai-pegawai Kanan Kastam Pulau Pinang, di sini hari ini.
Beliau berkata rakyat seharusnya memahami bahawa GST telah menyelamatkan ekonomi negara kerana model yang diperkenalkan tidak membebankan golongan berpendapatan rendah.
"Model kita lain sikit berbanding negara lain yang melaksanakan GST. Bayar cukai paling banyak adalah orang yang mampu berbelanja lebih, dengan perkataan lain orang kaya.
"Jadi bila orang yang mampu berbelanja mereka yang menyumbang lebih banyak GST berbanding orang berpendapatan rendah tetapi hasil daripada kutipan itu boleh dibelanjakan balik untuk rakyat yang kurang mampu. Sebab itu model kita antara model terbaik kerana mengikut acuan sendiri," katanya.
Subromaniam berkata pada masa sama pihaknya turut memantau dan meningkatkan penguatkuasaan terhadap peniaga-peniaga yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang berhubung pelaksanaan GST.
Mengulas mengenai kutipan GST, beliau berkata untuk sembilan bulan pertama tahun ini pihaknya menjangkakan kutipan GST sebanyak RM27 bilion dan menyasarkan kutipan sebanyak RM39 bilion pada tahun depan.
"Bayangkan kalau tiada GST kita tidak mampu mencapai kutipan sebanyak ini. SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) kita hanya dapat kutip antara RM16 bilion dan RM17 bilion sahaja. Ini membantu ekonomi di samping menjadikan eksport kita lebih berdaya saing," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga akan meneruskan siri seminar kepada syarikat dan agensi yang telah mendaftar bagi memberi kefahaman yang menyeluruh berhubung pelaksanaan GST.
Bernama
Wed Nov 11 2015
Rakyat kini dikatakan semakin faham dan sudah mula menerima cukai baharu yang mula diperkenalkan pada 1 April lalu itu. - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Parlimen: Pengenalan cukai kepada T15 bukan alasan label 'Belanjawan Robin Hood'
Lim Guan Eng berkata, ia sebenarnya usaha kerajaan menangani kesenjangan dan mengurangkan ketidaksaksamaan.
TNB akan rayu taksiran tambahan LHDN berjumlah RM1.39 bilion
TNB juga telah memperoleh perintah penangguhan sementara terhadap pembayaran cukai berkenaan.
Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta
Kenderaan yang disita dalam rampasan secara berasingan antara Jun dan Julai lepas di Kangar dan Kuala Perlis itu membabitkan cukai sebanyak RM2,239,475.
Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak
Mahkamah Tinggi KL menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguh prosiding kebankrapan tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN.
G20 bersetuju pastikan golongan kaya-raya dikenakan cukai dengan berkesan
Penting bagi semua pembayar cukai, termasuk individu dengan pendapatan bersih yang tinggi untuk menyumbang bahagian cukai mereka secara adil.
Pemulangan cukai: Pulau Pinang akan hantar permohonan rasmi kepada Anwar
Pulau Pinang akan menghantar surat permohonan rasmi kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cadangan mengembalikan 20 peratus hasil kutipan cukai kepada negeri.
Kerajaan tidak perkenal cukai baharu, sasar subsidi lebih adil - PM
Penyasaran subsidi diesel mengecualikan golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, pekebun kecil dan pemandu teksi daripada cukai itu.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.