Qatar masih menjadi destinasi pelaburan yang lumayan dan sewajarnya syarikat Malaysia merebut peluang daripada hubungan intim Malaysia-Qatar bagi memperluaskan perniagaan mereka di negara terkaya dunia itu.
Duta Besar Malaysia ke Qatar Datuk Ahmad Jazri Mohd Johar berkata kerajaan Qatar mempunyai tahap keyakinan yang begitu tinggi terhadap syarikat Malaysia berdasarkan kepada rekod dan sejarah pencapaian syarikat Malaysia yang banyak membantu pertumbuhan pesat negara itu khususnya pembangunan infrastruktur sejak tahun 2004 hingga berada pada tahap terbaik kini.
"Kita mempunyai banyak kelebihan kerana rata-rata semua syarikat tempatan Qatar mengenali dan tahu keupayaan syarikat Malaysia.
"Malahan hubungan diplomatik kedua-dua negara juga berada pada tahap amat istimewa kerana sebagai negara Islam kita saling bantu-membantu dan bekerjasama mencapai matlamat bersama di peringkat antarabangsa iaitu di Pertubuhan Bangsa Bersatu dan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam)," katanya yang telah berkhidmat hampir lima tahun di negara itu ketika ditemui di sini.
Ahmad Jazri berkata jumlah perdagangan Malaysia-Qatar kian meningkat dan bertambah tiga kali ganda dalam tempoh 10 tahun iaitu berjumlah AS$265.5 juta pada 2006 kepada AS$842.38 juta pada 2015.
"Qatar ialah rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia di Timur Tengah, selepas UAE (Emiriah Arab Bersatu) dan Arab Saudi," katanya dan menambah yang rakan dagangan utama Qatar ialah Jepun, Amerika Syarikat dan Jerman.
Eksport utama ke Qatar termasuklah barangan elektrik dan elektronik, mesin, kelengkapan dan peralatan, pengeluaran logam, produk kayu dan makanan diproses.
Dari Qatar, Malaysia mengimport terutamanya petroleum mentah, produk petroleum ditapis, kimia dan produk kimia dan penghasilan logam.
Ahmad Jazri berkata Qatar kini banyak memberi tumpuan kepada sektor pembinaan dan kemudahan infrastruktur di bandar raya ini terutama sebagai persediaan menjadi hos kejohanan Piala Dunia FIFA pada 2022 melibatkan pembinaan lapan buah stadium baru dan menaik taraf beberapa stadium sedia ada selain menjayakan wawasan 2030 negara itu.
Beliau berkata dalam tempoh beliau memegang jawatan sekarang, kedutaan Malaysia telah membantu kira-kira 400 syarikat Malaysia yang ingin memperkenalkan produk masing-masing melalui penganjuran pameran dagangan di negara ini.
Katanya antara sektor yang mampu menarik perhatian penduduk Qatar ialah destinasi pelancongan dan kemudahan pendidikan tinggi di Malaysia.
Qatar mempunyai 2.5 juta penduduk dan daripada jumlah itu hanya 300,000 rakyat asal manakala baki adalah warga asing berstatus penduduk tetap dengan kebanyakannya berpendapatan tinggi, katanya.
"Kita patut merebut peluang ini kerana daripada 300,000 rakyat asal Qatar, 60 peratus kalangan mereka amat kaya iaitu memiliki aset tidak kurang $100 juta Riyal Qatar seorang," katanya merujuk kepada kekayaan negara itu yang mecatatkan pendapatan per kapita tertinggi dunia pada masa ini, melebihi AS$120,000 setahun.
Mengenai kejayaan syarikat Malaysia beroperasi di Qatar, beliau berkata kebanyakannya dalam bidang pembinaan dan kejuruteraan, perkhidmatan dan pengurusan hotel, termasuklah WCT Engineering Bhd (WCT) yang terlibat dalam beberapa projek pembinaan Bandaraya Lusail, sebuah bandar raya baharu di sini.
Katanya WCT dengan rakan kongsi, iaitu sebuah syarikat tempatan diberi kepercayaan melaksanakan projek berjumlah $1.2 bilion Riyal Qatar yang termasuk pembinaan stesen dan rangkaian sistem pengangkutan rel bawah tanah, janakuasa dan teknologi maklumat antaranya sebagai persediaan menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2022.
Ahmad Jazri berkata lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Qatar selama empat hari yang bermula hari ini, dilihat penting dalam menjamin hubungan baik kedua-dua negara serta mampu memberi kelebihan kepada syarikat Malaysia untuk terus merebut peluang ekonomi di negara itu.
"Kunjungan Timbalan Perdana Menteri ini pasti dapat membuka pintu peluang ekonomi dan pekerjaan di kalangan syarikat dan rakyat Malaysia serta membantu memudahkan rundingan kerjasama pelaburan yang ada," katanya.
Lawatan pertama kali Ahmad Zahid ke Qatar ini adalah atas jemputan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Qatar Sheikh Abdullah bin Nasser bin Khalifa Al Thani.
Selain menghadap Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani dan kemudian membuat kunjungan ke atas Sheikh Abdullah, Ahmad Zahid juga akan melawat Pusat Kawalan Negara dan projek komuniti yang dirancang di Bandaraya Lusail, Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad serta bertemu diapsora Malaysia di Qatar.
Malaysia mula menjalin hubungan diplomatik dengan Qatar pada 1974 dan hubungan dua hala itu diperkukuhkan dengan pembukaan pejabat kedutaaan di sini pada Ogos 2004, disusuli pembukaan kedutaan Qatar di Kuala Lumpur pada September tahun yang sama.
Ahmad Jazri berkata pada masa ini terdapat 5,000 rakyat Malaysia yang menetap di Qatar dengan kebanyakannya bekerja dengan syarikat penerbangan Qatar Airways, dalam sektor pendidikan serta industri petroleum.
"Dalam tempoh saya bertugas di negara ini, yang pasti Qatar menyanjung tinggi Malaysia dan orang Qatar memang sukakan Malaysia," katanya.
Beliau berkata disebabkan hubungan rapat itu, maka ramai rakyat Malaysia memegang jawatan penting di beberapa sektor kerajaan.
"Rakyat Malaysia ada di mana-mana sektor. Kita mendapat kepercayaan dan malahan chef (tukang masak) Istana pun rakyat Malaysia," katanya mengakhiri perbualan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2017
Hubungan diplomatik Malaysia dan Qatar berada pada tahap amat istimewa kerana sebagai negara Islam kita saling bantu-membantu dan bekerjasama mencapai matlamat bersama. - Foto commons.wikimedia.org / Mohamod Fasil
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Amerika kekal rakan dagangan utama, pelabur terbesar di Malaysia - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, AS dan Malaysia mempunyai hubungan ekonomi serta perkongsian perdagangan yang terjalin sejak sekian lama.
BRICS: Malaysia komited majukan hubungan ekonomi, perdagangan demi kesejahteraan bersama
"Kita mesti membina komuniti dengan masa depan bersama, untuk menegakkan keamanan dan keselamatan global."
Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu
Misi pelaburan dan perdagangan InvestPenang ke AS berjaya mengeratkan hubungan dengan pelabur dari negara tersebut serta menyediakan peluang meneroka teknologi AI dan teknologi terkini.
Lawatan PM Anwar ke India dijangka kukuhkan hubungan ekonomi - Ramanan
Perdana Menteri Anwar dijadualkan membuat lawatan rasmi pertama ke India dari 19 hingga 20 Ogos.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Malaysia, Australia jalin hubungan ekonomi lebih kukuh menerusi empat kerangka utama - Anwar
Anwar berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau.
Malaysia alu-alukan pengumuman pembukaan Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong
Malaysia mengalu-alukan pengumuman Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) untuk menubuhkan Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong (HKETO) di Kuala Lumpur.
Agong, Raja Permaisuri zahirkan ucapan tahniah kepada Raja Frederik X
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Raja Frederik X yang dimasyhurkan sebagai Raja Denmark yang baharu.
Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.
Qatar mempunyai tahap keyakinan tinggi terhadap syarikat Malaysia
Qatar masih menjadi destinasi pelaburan yang lumayan dan sewajarnya syarikat Malaysia merebut peluang daripada hubungan intim Malaysia-Qatar.