PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan pengumuman Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) untuk menubuhkan Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong (HKETO) di Kuala Lumpur.
Pembukaan HKETO ini mencerminkan usaha berterusan untuk mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dan perdagangan antara Hong Kong dan Malaysia.
Kementerian Luar Malaysia atau Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan keputusan ini adalah susulan daripada cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Ketua Eksekutif HKSAR John Lee semasa mesyuarat dua hala di Putrajaya pada Julai 2023.
"Pembukaan HKETO di Kuala Lumpur bukan sahaja mencerminkan lembaran baharu dalam hubungan Malaysia-Hong Kong tetapi juga menjadikan Ulang Tahun ke-50 hubungan Diplomatik Malaysia-China lebih bermakna," menurut Wisma Putra.
Terletak di lokasi strategik di Asia Tenggara, Wisma Putra berkata bahawa Malaysia akan terus memperluaskan dan memperkukuhkan kedudukannya sebagai rakan penting Hong Kong dalam bidang perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi yang sedia ada antara kedua-dua pihak.
Kekuatan dan keakraban hubungan ini jelas diperlihatkan oleh nilai dagangan antara kedua-dua pihak, menurut kenyataan itu.
Pada 2023, Malaysia dan Hong Kong melaporkan jumlah perdagangan RM105.09 bilion (US$23.03 bilion) - jumlah eksport direkod pada RM89.84 bilion (US$19.69 bilion), manakala jumlah import bernilai RM15.25 bilion (US$3.34 bilion), dengan imbangan perdagangan memihak kepada Malaysia.
Wisma Putra juga berkata pertukaran lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua pihak adalah aktif dan amat baik.
Selain daripada lawatan Ketua Eksekutif HKSAR tahun lepas, Setiausaha Kewangan dan Setiausaha Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi turut mengunjungi Malaysia pada Mac dan Julai 2023.
Menteri-menteri Kabinet Malaysia, termasuk Menteri dan Timbalan Menteri dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Pelancongan dan Budaya (MOTAC) serta Timbalan Menteri Luar Negeri juga telah mengadakan lawatan ke HKSAR.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024

Pembukaan HKETO ini mencerminkan usaha berterusan untuk mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dan perdagangan antara Hong Kong dan Malaysia. - Gambar fail/Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia alu-alukan pengumuman pembukaan Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong
Malaysia mengalu-alukan pengumuman Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) untuk menubuhkan Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong (HKETO) di Kuala Lumpur.

Pakistan selepas kepimpinan Zardari
Presiden Asif Ali Zardari berjaya membawa Pakistan ke peringkat lebih tinggi sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep demokrasi.