CANBERRA: Menerusi pembabitan kedua-dua negara dalam empat kerangka ekonomi termasuk perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) hubungan ekonomi antara Malaysia dan Australia dijangka terus kekal utuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau.
"Tahun lepas, perdagangan kita bernilai kira-kira A$27 bilion (RM83.7 billion), mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai rakan dagang ASEAN kedua terbesar Australia. Di peringkat global, kami adalah rakan dagangan kesepuluh terbesar Australia," kata beliau menerusi syarahannya bertajuk "Navigating Geopolitical Currents: Malaysia and Australia's pivotal role in Asia Pacific" pada program 2024 Gareth Evans Oration yang berlangsung di Australian National University (ANU), di sini, hari ini.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, komoditi seperti hidrokarbon, arang batu, minyak sawit dan tembaga merupakan bahagian penting dalam perdagangan dua hala dan menggariskan elemen perdagangan kepentingan geostrategik di Asia Pasifik.
"Malaysia dan Australia adalah antara negara yang menyertai empat kerangka ekonomi, termasuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) terbesar di dunia, iaitu RCEP dan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik. Ini menunjukkan minat bersama kita dalam memudahkan perdagangan dan pelaburan merentasi rantau yang dinamik ini.
"Kami juga gembira dengan komponen menumpukan kepada perdagangan dalam strategi Southeast Asia Economic Strategy (SEAS) yang dilancarkan Australia baru-baru ini, yang menekankan keperluan untuk mengukuhkan kerjasama sedemikian antara Australia dan ASEAN di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik yang semakin meningkat," katanya dalam syarahan umum itu yang hadiri lebih 500 pelajar.
Menurut beliau, ekonomi Malaysia kini berada di landasan dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2023 dan Kerangka Ekonomi MADANI yang menggariskan bidang keutamaan yang sama seiring dengan SEAS.
Perdana Menteri berkata pada tahun-tahun mendatang, peluang baharu akan muncul untuk pelabur Australia dalam sektor pendigitalan, tenaga boleh baharu dan peralihan tenaga, pemprosesan tani dan sektor hiliran kimia dan mineral, bertepatan dengan usaha Malaysia ke arah menjadi sebuah ekonomi yang kompleks dan maju.
"Satu ciri khas baharu dalam hubungan kita, yang dahulunya dikategorikan sebagai Perkongsian Strategik, ialah peningkatannya kepada Perkongsian Strategik Komprehensif, yang mengekalkan hubungan dua hala kita yang kukuh, dengan kerjasama merentasi pelbagai bidang, selalunya menjangkaui ekonomi tradisional, diplomatik, keselamatan dan budaya.
"Lebih penting lagi, ia juga memberi penekanan kepada perkongsian aspirasi serantau dan hasrat untuk bekerjasama secara strategik pada peringkat pelbagai hala," kata beliau.
Antara yang hadir pada majlis syarahan itu ialah Menteri Luar Australia Penny Wong, Timbalan Naib Canselor (Akademik) Profesor Grady Venville dan Profesor Kehormat Gareth Evans.
Anwar berlepas dari Melbourne ke Canberra hari ini yang menjadi sebahagian daripada lawatan rasmi berturut-turut beliau ke Australia atas jemputan rakan sejawatnya Perdana Menteri Anthony Albanese.
Pesawat khas membawa Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mendarat di Lapangan Terbang Canberra kira-kira 12.32 tengah hari waktu tempatan (9.20 pagi waktu Malaysia) bagi memulakan lawatan rasmi selama sehari.
Selain syarahan umum tersebut Perdana Menteri dijadual melakukan kunjungan hormat kepada Gabenor Jeneral Komanwel Australia Jeneral David Hurley, di Government House, di sini, sebelum berangkat pulang ke Malaysia pada petang ini.
Australia adalah rakan kongsi rapat dan penting bagi Malaysia yang menyaksikan kedua-dua negara menjalin kerjasama erat dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan, perdagangan dan pelaburan, pertahanan, keselamatan siber serta sains dan teknologi.
Pada 2023, perdagangan dua hala Malaysia dan Australia berjumlah US$18.57 bilion (RM84.64 bilion), dengan Australia menjadi rakan dagang ke-10 terbesar bagi Malaysia.
Sehingga Disember tahun lepas, pelaburan diluluskan Australia di Malaysia melibatkan 582 projek, dengan pelaburan yang direalisasikan merangkumi 366 projek.
Di Melbourne, beliau mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Tahunan antara Pemimpin Malaysia-Australia Kedua (ALM) pada 4 Mac dan Sidang Kemuncak Khas Asean-Australia yang dihoskan oleh Australia dari 5-6 Mac 2024 bagi memperingati ulang tahun ke-50 Hubungan Dialog Asean-Australia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024

Anwar berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau. - Gambar/ Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.