TANJUNG MALIM: Pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd memperkenalkan barisan pemasangan enjin baharu dan berteknologi tinggi yang berupaya menghasilkan enjin 1.5 TGDI (Suntikan Terus Gasolin Turbo) untuk pasaran tempatan dan eksport.
Barisan pemasangan, yang berada di kemudahan enjin dan rangkaian kuasa Proton di sini, meliputi kawasan seluas 18,000 meter persegi dan mempunyai kapasiti maksimum semasa sebanyak 180,000 unit enjin apabila beroperasi dalam tiga syif.
Ini buat kali pertama enjin 1.5 TGDI dipasang di luar China dan merupakan antara barisan pemasangan enjin automotif tercanggih di negara ini.
Projek itu juga merupakan sebahagian daripada RM1.8 bilion yang diperuntukkan oleh Proton untuk menaik taraf kemudahannya di sini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata barisan pemasangan enjin baharu itu menunjukkan pihaknya mengotakan janji kepada pihak berkepentingannya.
"Apabila perjanjian dibuat untuk bekerjasama dengan Geely pada 2017, antara komitmen kami adalah melabur dalam industri automotif Malaysia dari segi kewangan dan melalui pengenalan komponen baharu berteknologi tinggi.
"Barisan pemasangan baharu ini memenuhi syarat ini di samping memberi laluan kepada Proton untuk menarik dan membangunkan bakat muda yang akan membantu memacu industri automotif dan Proton pada masa hadapan," katanya kepada pemberita semasa lawatan ke kilang Proton di sini, pada Selasa.
Beliau berkata kualiti merupakan keutamaan barisan pemasangan enjin baharu Proton.
Proton perlu menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa ia mampu membina produk berkualiti tinggi yang boleh dipercayai, jadi pihaknya bersedia untuk setiap kemungkinan, katanya.
Roslan berkata selain langkah pemantauan kualiti yang digunakan pada barisan pemasangan, Proton turut bekerjasama rapat dengan rakan sejawatan di Geely.
"Ini untuk menyelesaikan masalah dan berkongsi amalan terbaik dalam usaha kami menghasilkan enjin bertaraf dunia," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Kejuruteraan Pembuatan, Rangkaian Kuasa Proton, Mohamad Karim Mansor berkata kilang enjin 1.5 TGDi itu kini beroperasi pada kadar automasi sebanyak 47 peratus.
Beliau berkata ia sepadan dengan beberapa operasi kilang Geely di Baoji, China, yang semua barisan pengeluaran adalah automatik sepenuhnya.
"Barisan pemasangan enjin berteknologi tinggi di sini direka untuk mampu menghasilkan sehingga 300,000 unit (enjin) setahun, apabila tiba masanya," katanya.
Mengetengahkan 88 stesen yang terdiri daripada 17 stesen automatik, 15 separa automatik dan 56 stesen manual, barisan pemasangan 1.5 TGDi dibina menggunakan pendekatan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dengan menampilkan tahap automasi yang tinggi untuk meningkatkan produktiviti.
Kilang ini juga menggunakan teknologi Internet Pelbagai Benda (IoT) dalam bentuk alat pengumpulan dan analisis data intensif untuk memastikan kualiti memenuhi piawaian.
1.5 TGDi tiga silinder dan variannya setakat ini telah digunakan dalam lebih 750,000 kenderaan yang dijual di seluruh dunia.
Menerusi penggunaan penyelesaian seperti pengecilan saiz enjin, sistem termal dan pelinciran yang dioptimumkan, pengecas turbo inersia rendah serta GDI yang dihomogenkan, prestasi pasangan enjin dengan penggunaan bahan api dan pelepasan yang berkurangan telah memenuhi syarat Euro 6.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 05 2022

Projek itu juga merupakan sebahagian daripada RM1.8 bilion yang diperuntukkan oleh Proton untuk menaik taraf kemudahannya. - Foto ihsan Proton

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.

Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.

Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang tadi.

Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan
Proton mencatat jualan sebanyak 152,352 unit (domestik dan eksport) bagi keseluruhan 2024, menjadikannya berada di tempat kedua sekali lagi.

Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.

Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.

Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000
Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.

Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan
Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).

Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September
Proton menganggarkan bahagian pasaran pada 20.1 peratus untuk bulan September.

Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024
Proton mempamerkan model daripada Proton Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.