KUALA LUMPUR: Pengeluar automotif nasional Proton Holdings Bhd (Proton) mengukuhkan kedudukannya di Afrika Selatan apabila mencatat penghantaran 1,000 unit kenderaan ke sana hanya selepas dua bulan kembali ke pasaran negara itu.
Pengarah Jualan Antarabangsa Proton Steven Xu berkata menerusi permintaan kukuh, penjualan pantas kenderaan terbabit di Afrika Selatan juga membuktikan daya tarikan Proton sebagai jenama untuk pembeli di sana.
"Kami mempunyai hubungan kerja yang kukuh dengan CMH Group (CMH) sebagai pengedar di sana yang mengendalikan aktiviti untuk membolehkan seramai mungkin warga Afrika Selatan mencuba rangkaian model-model kenderaan Proton," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Perjalanan Proton memasuki semula ke pasaran Afrika Selatan selepas 10 tahun bermula dengan pelantikan CMH sebagai pengedar rasmi pada April 2022 dengan penghantaran pertama Proton X50 dan Proton X70 pada Mei 2022 dan pelancaran semula jenama serta produk pada 14 Sept 2022.
"Sejak itu, CMH telah meluaskan rangkaian pengedaran secara berperingkat bagi meningkatkan akses ke pasaran selain aktif mempromosi kenderaan Proton di media sosial. Pada masa ini, hanya kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton ditawarkan di negara itu dan seterusnya Proton Saga pada 2023.
"Walaupun pasarannya matang dan berdaya saing, Proton dan CMH optimis terhadap prospek jualan di negara itu. Sejajar dengan prestasi jualan yang kukuh setakat ini, kedua-dua syarikat menyasarkan jumlah jualan akan meningkat dua kali ganda pada 2023," katanya.
Xu berkata Proton dan CMH juga yakin dapat mengembangkan jualan secara ketara di Afrika Selatan berikutan sambutan yang amat menggalakkan setakat ini.
Proton juga komited untuk menyediakan SUV mewah mampu milik untuk pembeli kereta di Afrika Selatan dan Proton X50 dan Proton X70 mempunyai gabungan ciri dan nilai yang tepat untuk bersaing dengan jenama lain.
"Selain itu, kami juga yakin Proton Saga akan mencapai kedudukan tersendiri dengan gabungan gaya, ciri canggih dan harga yang memberi nilai tinggi kepada pembeli," katanya.
Dalam pada itu, jumlah eksport Proton sehingga akhir November lepas mencecah 5,028 unit dan syarikat itu yakin dapat meningkatkan lagi angka tersebut dalam tempoh berbaki 2022.
Pakistan kekal sebagai pasaran terbesar dengan 2,610 unit setakat tahun ini, diikuti oleh Afrika Selatan dari segi jumlah walaupun merupakan tambahan baharu dalam senarai eksport manakala Brunei Darussalam di tempat ketiga.
Dari segi kedudukan model, Proton Saga kekal sebagai tawaran paling popular manakala jumlah Proton X70 meningkat hampir dua kali ganda tahun ini dan Proton X50 di tempat ketiga setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2022
Penjualan pantas di Afrika Selatan membuktikan daya tarikan Proton sebagai jenama untuk pembeli di sana. - Gambar hiasan/Bernama
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September
Proton menganggarkan bahagian pasaran pada 20.1 peratus untuk bulan September.
Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024
Proton mempamerkan model daripada Proton Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.
Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON
EON mengunjurkan penembusan pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia mencecah sehingga dua peratus menjelang akhir tahun, didorong oleh pelancaran model EV tambahan.
Semakan gaji perkhidmatan awam menguntungkan sektor auto
Semakan gaji perkhidmatan awam akan datang bakal menguntungkan sektor automobil kerana 1.5 juta penjawat awam akan mempunyai kuasa beli.
Proton jual 2,585 unit model X50 pada Julai
Proton mencatatkan satu lagi pencapaian pada Julai dengan penjualan Proton X50 yang dipertingkatkan sebanyak 2,585 unit.
Proton e.MAS 7 nama rasmi kenderaan elektrik pertama Malaysia
Syarikat automotif nasional itu menjelaskan Proton e.MAS 7 menandakan permulaan babak baharu dalam sejarah automotif negara.
Proton lancar fasiliti tambahan baharu bernilai RM253 juta di Tanjong Malim
Pengeluar kereta nasional Proton baru-baru ini melancarkan projek penambahan fasiliti 'stamping' bernilai RM253 juta di Tanjong Malim, yang dikenali sebagai stamping E dan F.
Proton tingkat pengeluaran, cepatkan penghantaran model X50 2024
Proton Holdings Bhd sedang meningkatkanpengeluaran Proton X50 2024 bagi memenuhi permintaan terhadap model itu yang menggalakkan.
Proton jual 10,999 unit kenderaan pada Jun, tempat kedua dalam jualan automotif
Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) menjual sebanyak 10,999 unit kenderaan pada Jun, domestik dan eksport untuk mengekalkan kedudukan kedua dalam jualan automotif.
Pameran automobil Beijing 2024 beri gambaran teknologi masa depan Proton
Antaranya ialah konsep kenderaan utiliti sukan (SUV) perdana berteknologi tinggi, Galaxy Starship, yang menunjukkan komitmen Geely untuk memajukan teknologi automotif.