KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta nasional Proton baru-baru ini melancarkan projek penambahan fasiliti 'stamping' bernilai RM253 juta di Tanjong Malim, yang dikenali sebagai stamping E dan F.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Proton berkata projek berkenaan akan meningkatkan jumlah pengeluarannya di Proton Tanjong Malim dan bersedia untuk memindahkan pengeluaran Proton Saga dari Shah Alam menjelang tahun 2026.
Penambahan itu juga dijangka dapat menampung jumlah pengeluaran keseluruhan yang semakin meningkat dan sebarang model baharu yang akan diperkenalkan dalam masa terdekat.
"Ini adalah penambahan kedua yang dirancang untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran alat ganti Proton selepas perasmian kilang rangkaian stamping D pada 14 Mac 2023 oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad," kata syarikat itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Li Chunrong berkata penambahan rangkaian stamping E dan F adalah penting bagi rancangan pengembangan volum pengeluaran masa depan Proton, kerana ia memberi kami lebih banyak fleksibiliti untuk meningkatkan pengeluaran dan memenuhi permintaan pasaran.
"Sepanjang 2023 sehingga Jun 2024, kilang Tanjong Malim telah menghasilkan sebanyak 6.067 juta komponen, dengan 395,211 daripadanya adalah dari rangkaian D. Jumlah ini akan berkembang dengan pesat apabila pengeluaran untuk Proton Saga dipindahkan ke sini pada tahun 2026," katanya.
Rangkaian baharu E akan mempunyai proses pengecapan empat peringkat dengan mesin pengecapan 1,600 tan dan tiga mesin 800 tan, manakala rangkaian F akan menggunakan proses pengecapan lima peringkat dengan mesin pengecapan 2,000 tan, 1,200 tan, dan tiga mesin dengan daya pengecap 1,000 tan.
Selain mesin pengecapan, Proton berkata robot juga akan digunakan untuk memindahkan alat ganti antara stesen kerja, manakala teknologi IR 4.0 akan dilaksanakan dengan menggunakan data secara langsung dan pembelajaran mesin untuk meningkatkan kualiti alat ganti yang dihasilkan.
Selain itu, rangkaian baharu ini akan membantu mengurangkan lagi kebergantungan Proton terhadap alat ganti import, melindungi syarikat daripada kemungkinan gangguan dalam perdagangan global, dan menambahbaik bekalan alat ganti tempatan.
"Pada masa yang sama, pelaburan ini akan meningkatkan kecekapan yang sedia ada di Tanjong Malim dan akan menyumbang kepada pembangunan berterusan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV)," kata Proton.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024

Li Chunrong berkata penambahan rangkaian stamping E dan F adalah penting bagi rancangan pengembangan volum pengeluaran masa depan Proton. - Foto Proton via BERNAMA
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.

Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.

Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang tadi.

Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan
Proton mencatat jualan sebanyak 152,352 unit (domestik dan eksport) bagi keseluruhan 2024, menjadikannya berada di tempat kedua sekali lagi.

Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.

Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.

Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000
Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.

Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan
Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).

Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September
Proton menganggarkan bahagian pasaran pada 20.1 peratus untuk bulan September.

Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024
Proton mempamerkan model daripada Proton Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.