Syarikat teknologi hartanah itu berkata pendapatan yang diselaraskan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) menokok 48 peratus kepada S$6.82 juta berbanding S$4.61 juta sebelumnya.
Sementara itu, perolehan menokok 10 peratus kepada S$40.68 juta daripada S$36.88 juta, dipacu oleh pertumbuhan dari Vietnam selepas keadaan pasaran terus bertambah baik, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Pendapatan pasaran berkembang sebanyak 11 peratus dari tahun ke tahun kepada S$39 juta pada suku kedua, didorong oleh keadaan di Malaysia dan Vietnam yang semakin menggalakkan dengan kekuatan berterusan di Singapura," katanya.
Perolehan pasaran Malaysia meningkat 12 peratus dari tahun ke tahun kepada S$7.42 juta, memandangkan ia terus mendapat manfaat daripada gabungan kekuatan pasaran iProperty dan PropertyGuru Malaysia.
Sementara itu, hasil pasaran Singapura melonjak 16 peratus dari tahun ke tahun kepada S$24.97 juta, susulan peningkatan bilangan ejen dan purata hasil setiap ejen pada suku tersebut.
Pendapatan pasaran Vietnam pula semakin baik sebanyak empat peratus dari tahun ke tahun kepada S$5.26 juta walaupun kenaikan dalam bilangan penyenaraian telah diimbangi sebahagiannya oleh penurunan purata hasil setiap penyenaraian.
"Pendapatan daripada perkhidmatan fintech dan data naik tiga peratus dari tahun ke tahun kepada S$1.6 juta," katanya.
PropertyGuru menambah bahawa tunai dan setara tunai berada pada paras S$309 juta menjelang akhir suku.
-- BERNAMA