KUALA LUMPUR: Malaysia yang mengamalkan perdagangan terbuka, turut terkesan apabila berlaku penguncupan ekonomi atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rakan-rakan perdagangan utama negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Namun pada masa sama, beliau yakin unjuran pertumbuhan perdagangan dan KDNK Malaysia akan lebih baik pada 2024.
Malah, katanya walaupun 2023 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran tetapi Disember lepas menyaksikan Malaysia mencatat lebihan dagangan selama 44 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.
"Jumlah dagangan melepasi RM2 trilion untuk tahun ketiga berturut-turut, (tetapi) cabaran ekonomi seperti inflasi, pergolakan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan telah memberi impak kepada hasil perdagangan Malaysia dan pertumbuhan KDNK," katanya dalam catatan di laman X, hari ini.
Beliau berkata KDNK merupakan pengukur kepada kesihatan ekonomi negara dan selain penggunaan oleh kerajaan dan rakyat serta pelaburan, KDNK juga diwakili oleh perdagangan, yang merangkumi kedua-dua eksport dan import.
"Dari segi perdagangan, secara amnya, eksport (barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara dan dijual ke luar negara) akan meningkatkan KDNK manakala import untuk barangan dan perkhidmatan yang dibawa masuk ke dalam Malaysia akan mengurangkan KDNK," katanya.
Pada masa yang sama, beliau berkata, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) juga telah mengurangkan unjuran pertumbuhan untuk perdagangan global kepada 0.8 peratus pada 2023 berbanding 2.7 peratus pada 2022.
"Sebagai sebuah negara perdagangan terbuka apabila nisbah perdagangan kita adalah 128 peratus kepada KDNK, tentu sekali Malaysia juga terkesan apabila berlaku penguncupan ekonomi atau KDNK rakan-rakan perdagangan utama kita," katanya.
Beliau berkata terdapat pelbagai faktor lain yang mempengaruhi prestasi perdagangan Malaysia termasuk rakan-rakan dagang utama Malaysia yang juga mengalami penguncupan perdagangan dan penurunan dalam import global masing-masing.
Katanya antaranya ialah perdagangan keseluruhan China jatuh sebanyak 5 peratus pada 2023 berbanding tahun sebelumnya.
"Kelemahan ekonomi China dengan penurunan eksport sebanyak 4.6 peratus dan import sebanyak 5.5 peratus telah memberi impak kepada Malaysia kerana China adalah rakan dagangan terbesar Malaysia, yang menyumbang 17.1 peratus kepada jumlah perdagangan negara pada 2023," katanya.
Beliau berkata jumlah nilai perdagangan antarabangsa Taiwan menguncup 13.6 peratus kepada US$784.35 bilion pada 2023 berbanding US$907.5 bilion pada 2022.
Selain itu, katanya perdagangan barangan negara G20 juga menguncup, apabila eksport turun sebanyak 3.1 peratus dan import sebanyak 2 peratus.
Tengku Zafrul berkata UNCTAD pula meramalkan penguncupan perdagangan global sebanyak 5 peratus bagi tahun 2023, atau kira-kira US$1.5 trilion kurang daripada pada tahun 2022.
Di rantau ASEAN, katanya eksport Thailand menurun sebanyak 1.0 peratus, lebihan dagangan Indonesia berkurangan sebanyak 32.4 peratus dan Singapura mengalami penurunan perdagangan barangan sebanyak 11.7 peratus pada 2023.
Beliau berkata pengukuhan dolar AS sepanjang tahun 2023 berbanding pelbagai mata wang, termasuk ringgit, telah memberi kesan terhadap prestasi perdagangan, kerana walaupun nilai eksport lebih kompetitif, namun kos import bagi bahan mentah juga meningkat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024

Namun pada masa sama, Tengku Zafrul yakin unjuran pertumbuhan perdagangan dan KDNK Malaysia akan lebih baik pada 2024. - Gambar fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

MIDF Research unjur KDNK 2025 Malaysia berkembang kepada 4.6 peratus
2025 dijangka menjadi tahun pemulihan yang stabil dan lebih kukuh untuk Malaysia, dengan peluang pertumbuhan baharu dari aspek domestik dan global.

Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 27 peratus pada Julai - DOSM
Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia meningkat sebanyak 27.0 peratus kepada 37,960 tan pada Julai 2024 berbanding 29,881 tan yang dicatatkan semasa Jun 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

Pasaran getah ditutup bercampur-campur, menjejaki trend penurunan serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, dipengaruhi oleh trend penurunan dalam pasaran hadapan getah serantau dan kejatuhan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

KDNK suku kedua dijangka lebih baik, hasil positif ekonomi MADANI - Ahli ekonomi
Prestasi paling penting ialah peningkatan perbelanjaan isi rumah, disebabkan oleh keyakinan isi rumah yang semakin baik.

Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI
Prestasi ekonomi Malaysia yang teguh membantu melonjakkan permintaan dalam industri pusat data.

Prestasi ekonomi rakan dagang utama pengaruhi Malaysia, keadaan diunjur lebih baik pada 2024 - Tengku Zafrul
Malaysia yang mengamalkan perdagangan terbuka, turut terkesan apabila berlaku penguncupan ekonomi atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rakan-rakan perdagangan utama negara.