KUALA LUMPUR: Malaysia merupakan pasaran pusat data yang paling pesat bertumbuh di rantau paling pantas berkembang bagi industri itu pada suku ketiga 2024, menurut Juwai IQI.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kashif Ansari berkata prestasi ekonomi Malaysia yang teguh membantu melonjakkan permintaan dalam industri pusat data.
"Malaysia ialah pasaran pusat data paling pesat berkembang di Asia Tenggara. Lokasi strategik, dasar kerajaan yang menggalakkan, berdekatan dengan Singapura, serta tanah, tenaga dan air dengan harga yang menarik adalah faktor bagi pertumbuhan ini.
"Di Malaysia, perancangan pembangunan pasaran pusat data terdiri daripada 1.2 gigawatt (GW), yang mewakili 600 peratus pertumbuhan dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata kerajaan menawarkan insentif cukai, geran, dan sokongan kawal selia untuk menarik pelaburan pusat data.
"Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bersama-sama mewujudkan satu titik hubungan kerajaan untuk pelabur bagi memudahkan pelaburan digital.
"Pihak-pihak itu juga mewujudkan laluan hijau untuk membolehkan pusat data baharu memperoleh tenaga dalam tempoh seawal 12 bulan," katanya.
Kashif berkata penyedia perkhidmatan awan utama seperti Amazon Web Services (AWS), Microsoft, Nvidia dan Google mengiktiraf pasaran Malaysia yang menarik dan telah komited untuk membuat pelaburan yang besar di negara ini.
Beliau berkata peserta utama dalam pasaran pusat data Malaysia termasuk NTT Global Data Centres, AWS, Microsoft, Google, dan firma tempatan seperti TIME dotCom dan Bridge Data Centres.
Pembinaan pusat data baharu yang dirancang di peringkat awal hampir sepenuhnya tertumpu di zon Greater Kuala Lumpur (55 peratus), dan Johor (45 peratus), sebagai pasaran yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara, katanya.
Ini didorong oleh kedudukan Johor berhampiran dengan Singapura di samping faktor utama iaitu bekalan kawasan tanah yang mencukupi dan bekalan tenaga boleh dipercayai, katanya.
Beliau berkata pasaran pusat data Malaysia akan terus berkembang pesat sepanjang baki tempoh dekad ini.
"Susulan lebih 3 GW sedang dilaksanakan atau dalam peringkat perancangan, dan perancangan 1.2 GW sedang dijalankan, pasaran dijangka berkembang sembilan kali daripada kapasiti semasa," katanya.
Kashif berkata antara cabaran utama ialah memastikan bekalan tenaga yang boleh dipercayai dan mencukupi untuk menyokong pertumbuhan.
Beliau berkata pelaburan dalam infrastruktur tenaga dan sumber tenaga boleh baharu akan menjadi penting.
"Selain itu, usaha pelaburan juga akan membangunkan lebih banyak rangkaian kabel bawah laut untuk meningkatkan ketersambungan antara Malaysia dan seluruh dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

Prestasi ekonomi Malaysia yang teguh membantu melonjakkan permintaan dalam industri pusat data. - Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI
pelaburan tersebut termasuk rancangan firma pelaburan Kanada, Brookfield, untuk melabur sebanyak 20 bilion euro.

Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati minggu depan
Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu depan, dengan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka berubah-ubah antara 1,580 dan 1,600 mata.

Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.

Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.

Bursa Malaysia ditutup rendah
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah.

Malaysia belum ada keperluan mendesak terima guna tenaga nuklear - PM Anwar
Beliau tidak menolak "kemungkinan" menerima guna tenaga tersebut terutamanya dengan perancangan besar dalam pembinaan pusat data di Malaysia.

SPAN saran langkah tangani isu pusat data
Pembangunan pusat data secara teratur dan lestari yang mengambil kira aspek penyahkarbonan dalam mencapai sasaran sifar bersih dapat menjamin perkembangan ekonomi serta kesejahteraan negara.

Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.

Microsoft rancang labur AS$80 bilion untuk pusat data AI pada fiskal 2025
Microsoft merancang untuk melabur hampir AS$100 bilion bagi pembangunan pusat data berasaskan AI pada tahun fiskal 2025.

AmInvestment unjur RM1.7 bilion caruman KWSP bukan warganegara pacu pasaran ekuiti
AmInvestment Bank Bhd mengunjurkan sumbangan mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyalurkan sehingga RM1.7 bilion dalam aliran masuk tahunan pasaran ekuiti domestik Malaysia.