TOKYO: Perdagangan Malaysia dengan Jepun dijangka melonjak tahun ini, didorong oleh pelaburan khususnya dalam sektor semikonduktor dan tenaga boleh baharu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Jepun menjadi rakan dagang keempat terbesar Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut.
"Perdagangan dengan Jepun pada tahun lepas berjumlah kira-kira RM35 bilion. Satu pertiga daripada perdagangan ini melibatkan gas asli cecair (LNG)," katanya kepada pemberita Malaysia di sini.
Beliau berkata Malaysia telah menyediakan bekalan tenaga yang terjamin untuk Jepun dan kini memberi tumpuan kepada tenaga boleh baharu.
Semasa lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun dari 22 hingga 24 Mei, 2024, Malaysia meraih potensi pelaburan bernilai RM1.45 bilion serta potensi eksport RM550 juta daripada pertemuan dengan syarikat Jepun.
Pertemuan itu melibatkan enam syarikat yang sudah beroperasi di Malaysia dan sebuah syarikat yang meninjau untuk melabur di dalam negara.
Tengku Zafrul berkata syarikat yang merancang untuk melabur di Malaysia adalah daripada industri semikonduktor dan namanya akan diumumkan kemudian sementara menunggu kelulusan yang diperlukan.
Syarikat lain pula menyatakan hasrat untuk komited terhadap pelaburan baharu di Malaysia, khususnya dalam tenaga baharu dan boleh baharu, dengan minat di Sabah dan Sarawak.
"Pelaburan dalam tenaga boleh baharu dijangka mencecah RM40 bilion hingga RM50 bilion dalam tempoh sepuluh tahun.
"Banyak syarikat mengeluarkan produk elektrik dan elektronik terutama industri semikonduktor mahukan bekalan tenaga hijau dan melihat potensi di Sarawak," katanya.
Beliau berkata kerajaan menerima permintaan insentif cukai daripada syarikat Jepun dan akan menjalankan analisis kos-manfaat sebelum memutuskan sebarang insentif untuk sektor itu.
"Ini melibatkan sektor baharu jadi mereka memerlukan sokongan dari segi subsidi dan insentif cukai. Kerajaan akan menjalankan analisis kos-manfaat sebelum memutuskan sebarang insentif untuk sektor ini," katanya.
Setakat 2023, sejumlah 2,810 projek pembuatan dengan penyertaan Jepun telah dilaksanakan, dengan jumlah pelaburan bernilai RM102.11 bilion (US$29.67 bilion), mewujudkan 344,120 peluang pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2024

Tengku Zafrul berkata, Jepun menjadi rakan dagang keempat terbesar Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.

Weststar bakal perluas sayap jalin kerjasama tiga hala
Ini merupakan kerjasama tiga hala membabitkan Malaysia, Timor Leste dan Santos Energy, sebuah syarikat dari Australia yang menonjolkan kepentingan Weststar dalam pembangunan ekonomi serantau.

MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.

Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.

MY-UAE CEPA turut beri tumpuan kepada pembangunan ekonomi Islam
Kejayaan memeterai FTA pertama Malaysia dengan sebuah negara anggota GCC itu akan membuka ruang untuk perjanjian yang sama dengan negara anggota GCC yang lain dan GCC sendiri.

MY-UAE CEPA: Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
MY-UAE CEPA telah mencipta rekod baharu untuk Malaysia sebagai perjanjian perdagangan bebas paling pantas dimuktamadkan.

Lawatan kerja PM: ADIA beri komitmen jayakan pelaburan, transformasi MAHB – Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menzahirkan komitmen untuk menjayakan pelbagai pelaburan yang telah dirancang di Malaysia.

Hanya 1.6 peratus projek pelaburan diluluskan bagi 2021-Mac 2024 belum dilaksanakan - Tengku Zafrul
Hanya 1.6 peratus daripada projek-projek pelaburan yang diluluskan dalam tempoh 2021 hingga Mac 2024 masih belum dilaksanakan, kata Tengku Zafrul.

'Lebih baik Tengku Zafrul sertai PKR daripada pilih pembangkang' - MB Selangor
Reaksi Tengku Zafrul yang didakwa menunjukkan minat untuk menyertai PKR disifatkan lebih baik berbanding beliau memilih untuk menyertai pembangkang.

UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.