KUALA LUMPUR: Pengesahan Fitch Ratings (Fitch) mengenai penarafan kredit berdaulat Malaysia mencerminkan komitmen kerajaan terhadap reformasi fiskal di samping keupayaan negara untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi serta daya tahan dalam menghadapi keadaan global yang lemah dan tidak menentu, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
MOF memaklumkan bahawa kerajaan mengalu-alukan pengesahan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada BBB+ dengan tinjauan stabil oleh Fitch.
"Kerajaan komited untuk meneruskan konsolidasi fiskal dan membina semula ruang fiskal untuk kemampanan jangka panjang," jelas MOF dalam kenyataan pada Selasa.
Kementerian itu menjelaskan bahawa dalam jangka sederhana, kerajaan yakin dapat mengurangkan defisit fiskal daripada 5.6 peratus pada 2022 kepada anggaran 5.0 peratus pada 2023 dan seterusnya kepada 4.3 peratus pada 2024.
"Belanjawan 2024 mengekalkan pendirian dasar fiskal yang mengembang dengan peruntukan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM90 bilion bagi mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi serta memenuhi keperluan rakyat," tambahnya.
Menurut kementerian itu, berdasarkan kerangka Ekonomi MADANI, langkah konsolidasi fiskal akan dipercepat bagi mencapai sasaran defisit 3.0 peratus dan pembaharuan fiskal terus menjadi keutamaan kerajaan.
Perkara itu dizahirkan dalam Rang Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) yang diluluskan oleh Parlimen bulan lepas, menurutnya.
MOF memaklumkan bahawa FRA akan menginstitusikan akauntabiliti dan ketelusan dalam kewangan awam untuk kemampanan fiskal jangka panjang dan kestabilan makroekonomi.
"Melangkah ke hadapan, kerajaan yakin bahawa inisiatif yang digariskan dalam rangka kerja Ekonomi MADANI dan pelaksanaan langkah mengikut pelbagai rancangan negara iaitu Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 akan terus merangsang pertumbuhan," jelas MOF.
Kementerian itu menjelaskan bahawa menurut Fitch, penarafan Malaysia diimbangi oleh keadaan ekonomi yang pelbagai dengan prospek pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh berbanding hutang awam yang tinggi, asas hasil yang rendah relatif dengan perbelanjaan mengurus, dan keadaan politik yang mungkin menjejaskan pelaksanaan dasar dan reformasi jangka panjang.
Agensi penarafan itu juga menekankan bahawa pertumbuhan KDNK sebenar menyederhana kepada 4.0 peratus pada 2023 dan 4.2 peratus pada 2024 susulan kestabilan politik negara yang bertambah baik, jelasnya.
MOF menambah, Fitch menjangkakan permintaan global yang lemah dan sekatan perdagangan akan menjejaskan aktiviti eksport negara.
Namun begitu, Fitch juga menyatakan bahawa permintaan domestik yang berdaya tahan disokong oleh pertumbuhan dalam pendapatan dan aktiviti pelaburan, tambahnya.
Fitch turut menyatakan bahawa kedudukan akaun semasa negara terus mencatatkan lebihan selama lebih dua dekad dan menjangkakan akaun semasa kekal dengan lebihan dalam jangka sederhana, walaupun menghadapi cabaran luar.
Agensi penarafan itu turut menganggarkan akaun semasa akan mengecil kepada 2.6 peratus pada 2023 (2022: 3.0 peratus), namun Malaysia berada pada kedudukan yang baik serta berupaya untuk meraih manfaat daripada kepelbagaian rantaian bekalan global.
Menurut Fitch perkara itu didorong oleh sektor pembuatan yang kompetitif dan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang ketara sejak pembukaan semula ekonomi pada 2022.
MOF menjelaskan Fitch juga menjangkakan defisit kerajaan Persekutuan akan menurun kepada 3.5 peratus pada 2025 disebabkan rasionalisasi subsidi dan pelancaran Cukai Minimum Global.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023
![Pengesahan penarafan Malaysia oleh Fitch cerminkan komitmen reformasi fiskal kerajaan Pengesahan penarafan Malaysia oleh Fitch cerminkan komitmen reformasi fiskal kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607084754_TheFitchRatingslo.jpg)
MOF memaklumkan bahawa kerajaan mengalu-alukan pengesahan penarafan kredit berdaulat Malaysia dengan tinjauan stabil oleh Fitch. - Gambar fail/REUTERS
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Fitch Ratings sahkan penarafan 'BBB+' bagi IDR Malaysia, unjuran stabil Fitch Ratings sahkan penarafan 'BBB+' bagi IDR Malaysia, unjuran stabil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734393751_FITCHRATINGS.jpg)
Fitch Ratings sahkan penarafan 'BBB+' bagi IDR Malaysia, unjuran stabil
Penarafan itu disokong oleh pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh serta berleluasa, dipacu oleh pelaburan domestik dan asing yang kukuh.
![Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607084754_TheFitchRatingslo.jpg)
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
![Kadar dasar faedah capai paras tertinggi dengan penurunan agak perlahan Kadar dasar faedah capai paras tertinggi dengan penurunan agak perlahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607084754_TheFitchRatingslo.jpg)
Kadar dasar faedah capai paras tertinggi dengan penurunan agak perlahan
Ia menjangkakan Fed AS, ECB dan Bank of England melaksanakan pemotongan kadar, walaupun ia lebih perlahan daripada jangkaan pasaran.
![Pengesahan penarafan Malaysia oleh Fitch cerminkan komitmen reformasi fiskal kerajaan Pengesahan penarafan Malaysia oleh Fitch cerminkan komitmen reformasi fiskal kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607084754_TheFitchRatingslo.jpg)
Pengesahan penarafan Malaysia oleh Fitch cerminkan komitmen reformasi fiskal kerajaan
MOF memaklumkan bahawa kerajaan mengalu-alukan pengesahan penarafan kredit berdaulat Malaysia dengan tinjauan stabil oleh Fitch.
![Daya tahan permintaan domestik Malaysia dorong pertumbuhan kukuh jangka sederhana - Fitch Ratings Daya tahan permintaan domestik Malaysia dorong pertumbuhan kukuh jangka sederhana - Fitch Ratings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607084754_TheFitchRatingslo.jpg)
Daya tahan permintaan domestik Malaysia dorong pertumbuhan kukuh jangka sederhana - Fitch Ratings
Permintaan domestik Malaysia yang berdaya tahan dan perbelanjaan pembangunan lebih besar digariskan dalam RMK-12 akan menyokong pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh.
![Pemulihan fiskal global perlahan pada 2022 dan 2023 - Fitch Ratings Pemulihan fiskal global perlahan pada 2022 dan 2023 - Fitch Ratings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607084754_TheFitchRatingslo.jpg)
Pemulihan fiskal global perlahan pada 2022 dan 2023 - Fitch Ratings
Fitch berkata kadar faedah dasar yang semakin meningkat menandakan berakhirnya era kos pinjaman kerajaan yang sangat rendah.
![Fitch Ratings kekalkan penarafan jangka panjang Malaysia, unjuran stabil Fitch Ratings kekalkan penarafan jangka panjang Malaysia, unjuran stabil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607084754_TheFitchRatingslo.jpg)
Fitch Ratings kekalkan penarafan jangka panjang Malaysia, unjuran stabil
Menurutnya, Malaysia mempunyai prospek untuk pertumbuhan jangka sederhana yang meluas dan kukuh, disokong lebihan akaun semasa dan asas eksport yang pelbagai.
![Penurunan penarafan oleh Fitch cerminkan kesan COVID-19 ke atas ekonomi negara - Mustapa Penurunan penarafan oleh Fitch cerminkan kesan COVID-19 ke atas ekonomi negara - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51600762466_TBLIBATURUSMUSTAPA.jpg)
Penurunan penarafan oleh Fitch cerminkan kesan COVID-19 ke atas ekonomi negara - Mustapa
Mustapa berkata Malaysia tidak pernah memiliki rekod tidak membayar hutang malah prestasi pembayaran hutang oleh Malaysia adalah amat baik.
![Asas kukuh tidak berubah, kekalkan dasar kewangan konservatif - Petronas Asas kukuh tidak berubah, kekalkan dasar kewangan konservatif - Petronas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607438149_klccpetronas.jpg)
Asas kukuh tidak berubah, kekalkan dasar kewangan konservatif - Petronas
Petronas menegaskan asasnya yang kukuh membolehkan syarikat itu bertahan daripada turun naik dan kejutan dalam pasaran.
![Ringgit jatuh berbanding dolar AS kerana kekurangan permintaan Ringgit jatuh berbanding dolar AS kerana kekurangan permintaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41596537540_Bajet.jpg)
Ringgit jatuh berbanding dolar AS kerana kekurangan permintaan
Pada pukul 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0830/0880 berbanding dolar AS daripada 4.0580/0620 ketika ditutup Jumaat lepas.