KUALA LUMPUR:Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pagi ini kerana kekurangan permintaan selepas mencatatkan peningkatan selama tiga hari berturut-turut minggu lepas di celah-celah pengukuhan harga minyak mentah, kata seorang penganalisis.
Pada pukul 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0830/0880 berbanding dolar AS daripada 4.0580/0620 ketika ditutup Jumaat lepas.
Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata kelemahan ringgit pagi ini juga mungkin disebabkan oleh keputusan Fitch Ratings untuk menurunkan penarafan kredit negara Malaysia daripada A-' kepada 'BBB+', dengan tinjauan lebih baik daripada negatif kepada stabil.
"Biasanya, terdapatnya tindak balas negatif yang menyaksikan mata wang menjadi lemah apabila agensi penarafan membuat pengumuman menurunkan penarafan. Bagaimanapun, ia tidak akan lama dan saya berharap keadaan ini akan reda dan pelabur akan terus membeli ringgit.
"Namun begitu, pergerakan ringgit juga berkait rapat dengan harga minyak yang rendah dengan California kembali kepada sekatan pergerakan. Bagaimanapun, saya rasa harga minyak akan mengenepikannya kerana permintaan minyak di Asia masih lagi tinggi," kata beliau kepada Bernama.
Innes juga berkata ini mungkin menjadi peluang baik untuk membeli ringgit kerana dolar AS dijangka lemah berikutan ketidakpastian mengenai pakej rangsangan Bank Pusat Eropah dan Brexit di Sidang Kemuncak EU pada 10 Dis ini.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.
Ia merosot berbanding dolar Singapura pada 3.0598/0645 daripada 3.0461/0498 Jumaat lepas, lebih rendah berbanding pound Britain pada 5.4814/4894 daripada 5.4698/4772.
Ringgit jatuh berbanding euro pada 4.9510/9583 daripada 4.9366/9430 dan lega berbanding yen Jepun kepada 3.9222/9274 daripada 3.9023/9080 Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 07 2020

Kelemahan ringgit pagi ini juga mungkin disebabkan keputusan Fitch Ratings menurunkan penarafan kredit negara, dengan tinjauan lebih baik daripada negatif kepada stabil. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Ringgit jatuh berbanding dolar AS kerana kekurangan permintaan
Pada pukul 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0830/0880 berbanding dolar AS daripada 4.0580/0620 ketika ditutup Jumaat lepas.