KUALA LUMPUR: Permintaan domestik Malaysia yang berdaya tahan dan perbelanjaan pembangunan lebih besar yang digariskan dalam fasa kedua Rancangan Malaysia Ke-12 "akan menyokong pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh pada kadar empat hingga lima peratus," kata Fitch Ratings.
Menurutnya risiko serta-merta terhadap kestabilan kerajaan campuran Malaysia telah berkurangan susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos apabila keputusan PRN menyaksikan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dimenangi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), yang membentuk kerjasama sebagai Kerajaan Perpaduan, manakala Kelantan, Kedah dan Terengganu pula di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
"Kami percaya bahawa keputusan ini cukup untuk memastikan kesinambungan gabungan ini dalam masa terdekat, tetapi kekalahan BN mungkin merumitkan lagi ketegangan antara rakan gabungan untuk jangka panjang," katanya dalam kemas kini Asia-Pacific Sovereigns (Peer Review).
Agensi penarafan ini memberikan penarafan BBB+ kepada Malaysia dengan unjuran stabil.
Berkenaan Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan pada 13 Okt, Fitch menjangka terdapat langkah rasionalisasi subsidi meskipun penghapusan subsidi secara meluas dan mendadak tidak mungkin berlaku.
"Keputusan pilihan raya boleh mendorong kerajaan untuk menawarkan lebih banyak bantuan sosial.
"Belanjawan 2024 dijangka turut memperkenalkan garis panduan untuk penetapan gaji progresif, walaupun atas dasar sukarela dan berkaitan produktiviti," menurut agensi penarafan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

Menurut Fitch risiko serta-merta terhadap kestabilan kerajaan campuran Malaysia telah berkurangan susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos. - Gambar fail/Reuters

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Firma penyelidikan kekal optimis pertumbuhan KDNK Malaysia tahun ini
Firma penyelidikan mengekalkan ramalan masing-masing mengenai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 4.2-4.8 peratus tahun ini.

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4-5 peratus pada 2024 - Amir Hamzah
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara empat dan lima peratus pada 2024, disokong oleh eksport yang pulih dan permintaan domestik yang berdaya tahan.

Permintaan penumpang global naik 13.8 peratus pada Mac 2024 - IATA
Jumlah permintaan penumpang global, diukur dalam hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), meningkat 13.8 peratus pada Mac 2024 berbanding Mac 2023.

Moody's unjur pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik 4.5 peratus tahun ini
Peningkatan itu mencerminkan permintaan domestik yang berdaya tahan dalam menghadapi persekitaran global yang mencabar dan risiko terhadap sektor pertanian serta inflasi akibat El Nino.

Ekonomi Malaysia dijangka lebih baik, disokong permintaan domestik dan pasaran buruh
Ekonomi Malaysia dijangka lebih baik pada masa depan, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan pasaran buruh stabil.

DOSM jangka prospek ekonomi lebih baik dalam masa terdekat
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka menunjukkan prestasi yang lebih baik pada suku kedua 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Daya tahan permintaan domestik Malaysia dorong pertumbuhan kukuh jangka sederhana - Fitch Ratings
Permintaan domestik Malaysia yang berdaya tahan dan perbelanjaan pembangunan lebih besar digariskan dalam RMK-12 akan menyokong pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh.

Malaysia pada landasan betul catat pertumbuhan KDNK lima peratus pada 2023
"Kami menjangkakan KDNK akan berkembang 5.2 peratus tahun ke tahun pada separuh kedua 2023 berbanding 4.6 peratus pada separuh pertama."

RM6.9 juta peruntukan dilulus untuk program RTG - Hannah
Sejumlah RM6.9 juta diluluskan untuk disalurkan bagi memenuhi segala permintaan atlet di bawah program Road To Gold (RTG), menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Pengimport minyak India jangka gangguan bekalan 'membimbangkan' jika larangan Indonesia berterusan
Masalah menjadi lebih serius bagi India, berikutan perang Ukraine-Rusia yang mengganggu bekalan minyak bunga matahari.