KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara empat dan lima peratus pada 2024, disokong oleh eksport yang pulih dan permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata perdagangan yang pulih akan disokong oleh kitaran meningkat teknologi global dan pemulihan seterusnya dalam aktiviti pelancongan.
"Perbelanjaan isi rumah akan disokong oleh pendapatan dan pekerjaan yang bertambah baik. Aktiviti pelaburan akan dipacu oleh kemajuan seterusnya dalam projek pelaburan untuk tempoh beberapa tahun oleh sektor awam dan swasta," katanya dalam ucaptama pada Sasana Symposium 2024 anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) di sini hari ini.
Beliau berkata pelaksanaan inisiatif pemangkin di bawah pelbagai pelan induk seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Rancangan Malaysia Ke-12, akan meningkatkan lagi pelaburan.
Oleh itu, Amir Hamzah berkata kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan struktur yang bermakna kerana ini adalah perlu untuk membina Malaysia yang lebih makmur dan inklusif.
Dalam perkara ini, katanya pembaharuan strategik yang melibatkan pelbagai langkah sedang dilaksanakan untuk menyokong usaha ini.
"Pertama, meningkatkan asas dengan mewujudkan lebih banyak ruang fiskal dan menjadikan bahagian ekonomi lebih besar untuk lebih banyak penyertaan.
"Kedua, menaikkan siling dengan meningkatkan perlindungan sosial dan ketiga, mewujudkan tadbir urus yang baik," katanya.
Beliau berkata Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) dan Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana (MTFF) adalah langkah penting untuk meluaskan dan mempelbagaikan asas hasil.
Selain itu, katanya Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada penyusunan semula rantaian nilai global.
"Untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang ini, kami memberi keutamaan kepada dasar untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi yang meningkatkan daya saing ekonomi kita dan mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi," katanya.
Oleh itu, katanya dengan memacu pembaharuan struktur ini, Malaysia akan meningkatkan daya saing globalnya berbanding negara-negara lain yang turut berusaha untuk meningkatkan potensi pertumbuhan mereka, menangani defisit fiskal dan meningkatkan kecekapan sumber.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024

Amir Hamzah berkata kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan struktur yang bermakna kerana ini adalah perlu untuk membina Malaysia yang lebih makmur dan inklusif. - Foto Bernama
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4-5 peratus pada 2024 - Amir Hamzah
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara empat dan lima peratus pada 2024, disokong oleh eksport yang pulih dan permintaan domestik yang berdaya tahan.