KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka menunjukkan prestasi yang lebih baik pada suku kedua 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ini disokong oleh Indeks Pelopor (IP) yang pulih ke trajektori positif sebanyak 0.3 peratus untuk mencapai 110.1 mata pada Disember 2023 berbanding 109.8 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata ini merupakan pertumbuhan positif yang pertama selepas penurunan sembilan bulan berturut-turut, didorong oleh lonjakan dalam bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan (41.5 peratus) berbanding negatif 25.8 peratus pada November 2023.
"Melihat kepada prestasi bulanan, IP juga meningkat sebanyak 0.3 peratus, disumbangkan oleh Indeks Perusahaan Bursa Malaysia dan bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
DOSM berkata kadar pertumbuhan IP terlicin bagi Disember 2023 kekal di bawah trend 100.0 mata.
"Meskipun masih berada di bawah trend, ekonomi Malaysia dijangka lebih baik dalam tempoh terdekat, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan keadaan pasaran pekerjaan yang stabil," katanya.
Merujuk kepada senario ekonomi semasa, DOSM berkata Indeks Serentak (IS) meningkat 2.3 peratus kepada 123.1 mata pada Disember 2023 berbanding 120.3 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
"Peningkatan ini disumbangkan oleh semua komponen kecuali Indeks Pengeluaran Perindustrian (-0.1 peratus)," katanya.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, IS menyusut 0.5 peratus bulan ke bulan, disebabkan oleh prestasi Indeks Pengeluaran Perindustrian yang tidak memberangsangkan (-0.3 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024
DOSM berkata kadar pertumbuhan IP terlicin bagi Disember 2023 kekal di bawah trend 100.0 mata. - Gambar fail/Bernama
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
PNB kekal optimis terhadap ekonomi Malaysia, prestasi FBM KLCI tahun depan
Permodalan Nasional Bhd (PNB) kekal optimis mengenai prospek ekonomi Malaysia dan bursa tempatan pada tahun depan.
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian
Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata "telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat."
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas prestasi Wall Street yang kukuh pada minggu lepas, kata penganalisis.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.63 mata kepada 1,602.72 daripada 1,600.09 semalam.
Bursa Malaysia meningkat di tengah-tengah prestasi bercampur-campur pasaran Asia
Bursa Malaysia meningkat dan ditutup tinggi berikutan sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah prestasi bercampur-campur pasaran Asia.
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring penyusutan Wall Street
Pada 9.21 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.58 mata kepada 1,594.75 daripada paras 1,597.33 pada akhir dagangan semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan ketidaktentuan global
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini ketika hab kewangan global bersedia dengan pendirian bank pusat minggu ini.
Bursa Malaysia kurangkan penyusutan awal, ditutup hampir tidak berubah
Bursa Malaysia mengurangkan penyusutan awalnya untuk ditutup rendah pada Isnin susulan aktiviti pembelian pada saat-saat akhir.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.09 mata kepada 1,608.84 daripada 1,608.75 pada Jumaat lepas.