MEMAHAMI kesukaran dihadapi pelbagai sektor termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) era pandemik COVID-19, langkah proaktif menaik taraf penggunaan digital dijangka mampu melonjakkan perniagaan.
Pun begitu, masih ramai PKS belum berbuat demikian kerana sumber kepakaran serta tenaga kerja terhad, berbanding yang dimiliki oleh syarikat-syarikat besar.
Secara perbandingan sebuah syarikat multinasional kebiasaannya sudah mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang mengendalikan semua aspek dalam perniagaan termasuk teknologi maklumat, pembangunan strategi serta pelan jangka masa panjang.
Menyedari situasi ekonomi dihadapi PKS ketika ini, Maxis di bawah inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) memperkenalkan Geran Digitalisasi PKS yang akan membimbing usahawan PKS meningkatkan prestasi dan digitalisasi perniagaan.
Maxis menyediakan penyelesaian kepada usahawan PKS terkesan dengan menawarkan perkhidmatan melalui rangkaian produk terluas yang tidak melibatkan orang ketiga atau pihak lain.
Penyelesaian seumpama itu tidak banyak ditawarkan di Malaysia, namun ia boleh dilaksanakan kerana Maxis mempunyai sumber serta kepakaran perkhidmatan digital untuk sesebuah perniagaan.
Usahawan PKS turut disyorkan mengenai produk yang diperlukan di samping membantu mereka memohon pinjaman geran bagi meneruskan kelangsungan mendepani saat mencabar ini.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu menyaksikan banyak perniagaan terutama di sektor makanan dan minuman (F&B) terpaksa menutup kedai atau mengecilkan operasi berikutan pendapatan yang menyusut.
Pembuangan pekerja turut menjejaskan urusan jual beli dan berikutan itu, usahawan PKS perlu beralih kepada penggunaan teknologi dan melakukan inovasi dalam operasi perniagaan untuk terus kekal berdaya saing.
Justeru, syarikat telekomunikasi itu menginovasikan Cloud Point-of-Sales (POS) Lite, iaitu sebuah penyelesaian komprehensif yang membantu industri F&B menyelaraskan pembayaran dan penghantaran hanya di dalam sebuah platform.
Ia sekali gus akan memacu perniagaan menjangkau lebih banyak pelanggan dan mendorong lebih banyak penjualan tanpa bayaran komisen untuk setiap pesanan dalam talian.
Dalam pada itu, berkongsi pengalaman semasa PKP, Pengarah MGFB Trading Sdn Bhd, Jennifer Lam berkata, dengan adanya Digital Marketing Starter Kit yang diperkenalkan oleh seorang perunding Maxis Business, syarikat dapat memanfaatkan teknologi untuk mengekalkan produktiviti, mencapai sasaran jualan serta kesinambungan perniagaan.
“Ia telah menjimatkan masa pekerja kerana platform tersebut mudah untuk digunakan tanpa memerlukan kakitangan pemasaran untuk menguruskannya. Selain menggunakan WhatsApp dan Facebook untuk mempromosikan jualan minuman baharu syarikat kepada pelanggan," katanya.
Lam menambah, dengan adanya sistem e-SMS automatik, ia memudahkan pihaknya menghubungi pelanggan sedia ada dan baru, di samping baucar digital yang diinovasikan menerusi kit tersebut.
Bagi pemilik Warung Pojok, Mohd Nazri pula, norma baharu hari ini memperlihatkan trend pelanggan kedainya yang lebih gemar melakukan pembelian secara dalam talian.
Bagaimanapun, capaian internet yang lemah boleh mengakibatkannya mengalami kerugian dan bagi mengekang masalah tersebut, beliau melanggan Maxis Business Postpaid dan Fibre.
“Sekarang saya dapat menyelesaikan pesanan dalam masa nyata dan berhubung dengan pembekal dan pelanggan dengan panggilan serta SMS tanpa had.
“Maxis turut menawarkan penyelesaian gred perniagaan secara percuma bernilai RM1,000 dan banyak manfaat sekiranya mendaftar dengan Geran Digitalisasi PKS Maxis,” ujarnya.
Maxis merupakan pembekal perkhidmatan teknologi yang dilantik oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di bawah Geran Digitalisasi PKS milik PENJANA.
Melalui inisiatif disediakan, Maxis dapat mempercepatkan digitalisasi PKS di Malaysia, membantu pengaktifan semula perniagaan serta mendorong perniagaan kekal relevan.
PKS berminat untuk memanfaatkan Geran Digitalisasi PKS Maxis, boleh mengunjungi pusat Maxis berhampiran atau layari https://business.maxis.com.my/ms/Business/.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
Astro Awani
Tue Apr 20 2021
![Peluang PKS perluas perniagaan era pandemik Peluang PKS perluas perniagaan era pandemik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611140792_Maxis.jpg)
Maxis di bawah inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) memperkenalkan Geran Digitalisasi PKS yang akan membimbing usahawan PKS meningkatkan prestasi dan digitalisasi perniagaan. - Astro AWANI
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Maxis lantik Johan Idris sebagai pengerusi berkuat kuasa 1 Mac Maxis lantik Johan Idris sebagai pengerusi berkuat kuasa 1 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739544364_DatukJohanIdris.jpg)
Maxis lantik Johan Idris sebagai pengerusi berkuat kuasa 1 Mac
Maxis melantik Datuk Johan Idris sebagai Pengerusi berkuat kuasa pada 1 Mac, 2025.
![Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733231186_tbpenghormatanterak.jpg)
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
![Rangkaian 5G: TM akur U Mobile terpilih, CelcomDigi dan Maxis percaya pelan mereka lebih menyeluruh Rangkaian 5G: TM akur U Mobile terpilih, CelcomDigi dan Maxis percaya pelan mereka lebih menyeluruh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730726711_GROLLOUT.jpg)
Rangkaian 5G: TM akur U Mobile terpilih, CelcomDigi dan Maxis percaya pelan mereka lebih menyeluruh
MCMC dalam satu kenyataan pada 1 November lepas mengumumkan pemilihan U Mobile yang dikaitkan dengan jutawan Tan Sri Vincent Tan sebagai pengendali rangkaian kedua 5G di negara ini.
![Maxis mahu libat urus dengan MCMC, pertimbang pilihan susulan keputusan 5G kedua Maxis mahu libat urus dengan MCMC, pertimbang pilihan susulan keputusan 5G kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707132281_maxis.jpg)
Maxis mahu libat urus dengan MCMC, pertimbang pilihan susulan keputusan 5G kedua
Katanya, Maxis telah kemuka cadangan teknikal dan komersial yang komprehensif kepada MCMC untuk tender rangkaian 5G kedua.
![Maxis rai semangat 'Jiwa Merdeka', fokus perkasa kesalinghubungan Maxis rai semangat 'Jiwa Merdeka', fokus perkasa kesalinghubungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51725079576_MAXISMERDEKA.jpg)
Maxis rai semangat 'Jiwa Merdeka', fokus perkasa kesalinghubungan
Penyedia telekomunikasi terkemuka negara, Maxis turut terlibat dengan perarakan kontinjen dan filem inspirasi yang mengetengahkan 'Jiwa Merdeka' dengan menampilkan kontinjen serba hijau dan belon unik
![Maxis catat keuntungan bersih suku kedua RM356 juta, isytihar dividen 4 sen Maxis catat keuntungan bersih suku kedua RM356 juta, isytihar dividen 4 sen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81651150879_TBMAXISLOGO.jpg)
Maxis catat keuntungan bersih suku kedua RM356 juta, isytihar dividen 4 sen
Keuntungan bersih Maxis meningkat 7.9 peratus kepada RM356.0 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2024.
![Maxis, Singtel perkenal platform semua dalam satu rangkaian 5G pertama Malaysia Maxis, Singtel perkenal platform semua dalam satu rangkaian 5G pertama Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723610780_Maxis.jpg)
Maxis, Singtel perkenal platform semua dalam satu rangkaian 5G pertama Malaysia
Rangkaian 5G itu akan meliputi pengkomputeran pinggir (edge computing), awan dan perkhidmatan, berasaskan platform Paragon oleh Singtel yang disediakan untuk rangkaian telekomunikasi.
![Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616424727_itarAntarabangsaSe.jpg)
Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
![Mata ganjaran akan luput? Berhati-hati penipuan sasar pengguna Maxis Mata ganjaran akan luput? Berhati-hati penipuan sasar pengguna Maxis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707299365_scam.jpg)
Mata ganjaran akan luput? Berhati-hati penipuan sasar pengguna Maxis
Untuk makluman, pautan yang dihantar berkenaan adalah bukan daripada pihak Maxis, tetapi merupakan pautan hasad, yang mungkin membawa kepada kecurian data atau kewangan.
![Serangan siber: JPDP sahkan tiada ketirisan data peribadi Maxis Serangan siber: JPDP sahkan tiada ketirisan data peribadi Maxis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710310001_TBGOBINDSINGHDEO.jpg)
Serangan siber: JPDP sahkan tiada ketirisan data peribadi Maxis
Jabatan Perlindungan Data Peribadi sahkan tiada sebarang ketirisan data peribadi berlaku susulan dakwaan serangan siber terhadap Maxis.