Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang juga antara lima pakar Majlis Penasihat Kerajaan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), memberi jaminan kepada para pelabur dan pengurus dana bahawa pihaknya akan menangani semua masalah yang menjejaskan ekonomi selain tidak berhasrat menambah hutang negara.
"Tiada sebab lagi untuk meletakkan ekonomi dalam keadaan yang lebih buruk," katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat bersama barisan pakar lain yang menganggotai Majlis itu di sini, malam tadi.
Daim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebimbangan pelabur berhubung implikasi terhadap ringgit dan pasaran saham susulan kemenangan mengejut PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang menyaksikan kekalahan kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional.
Jelas beliau, antara kebimbangan pelabur adalah cadangan pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang disifatkan mereka berkemungkinan besar memberi impak terhadap terhadap hasil kerajaan selain turut meningkatkan defisit fiskal.
"Kita tidak akan menambah hutang lagi. Kita bukannya bodoh. Ini lebih menjurus kepada spekulasi dan hanya mencetuskan kebimbangan yang tidak wajar sedangkan (apa yang berlaku) merupakan reaksi biasa apabila kerajaan baharu mengambil alih tampuk pemerintahan," katanya.
Daim turut memberi jaminan bahawa Majlis itu mempunyai sekumpulan pakar yang mampu menangani isu terbabit.
"Selama 57 tahun GST ini tidak wujud pun dan tidak ada masalah yang timbul," katanya.
Malah, tegas beliau, apa yang lebih penting adalah untuk menghapuskan amalan rasuah.
Sementara itu, anggota lain Majlis yang turut hadir hadir pada mesyuarat itu adalah bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican dan ahli ekonomi terkemuka, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.
Ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Robert Kuok bagaimanapun, tidak hadir kerana berada di luar negara.
Penubuhan Majlis itu diumumkan oleh Perdana Menteri baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang antara lainnya berperanan membantu kerajaan mencapai janji 100 hari PH kepada rakyat seperti dinyatakan dalam manifesto pakatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 12 2018
Daim turut memberi jaminan bahawa Majlis itu mempunyai sekumpulan pakar yang mampu menangani isu terbabit. --fotoBERNAMA
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.
Kes isytihar harta Tun Daim: Pertuduhan tidak boleh dibiar tergantung - Peguam
Wan Shaharuddin berkata, kuasa untuk meneruskan kes terletak pada pihak pendakwaan mengikut Seksyen 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
Tun Daim dilepas, dibebaskan tuduhan gagal isytihar harta
Pihak pendakwaan tidak berniat untuk meneruskan prosiding kerana Daim telah meninggal dunia pada 13 November lalu.
Nama Allahyarham Tun Daim dalam ingatan jemaah masjid di Gold Coast
Nama Allahyarham Tun Daim Zainuddin, tokoh negarawan Malaysia, terus hidup dalam ingatan, biarpun berada lebih 6,000 kilometer dari tanah air.
Mengenang Tun Daim: Suasana hiba selubungi kediaman Allahyarham
Suasana hiba menyelubungi pekarangan kediaman Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku, di ibu negara.
Mengenang Tun Daim: "Beliau mentor bagi usahawan muda Melayu' - Tun Mahathir
Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia memainkan peranan besar dalam membimbing anak-anak muda berbakat dalam perniagaan kata Tun Mahathir Mohamad.
Mengenang Tun Daim: Ahli Parlimen ucap takziah
Ahli-ahli Parlimen menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi ini.
Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham tokoh besar yang rendah diri' - Tun Mahathir
Tun Mahathir mengenang Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia hari ini, sebagai seorang tokoh besar yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara.
Mengenang Tun Daim: Pemimpin negara ucap takziah
Pemimpin negara menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Daim dan mendoakan agar roh beliau bersama orang-orang beriman.