Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching sebelum menjawab pertanyaan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham.
Turut mengucapkan takziah, Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin yang memohon kepada semua yang beragama Islam untuk membaca surah Al-Fatihah.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Ramli Mohd Nor berkata majlis mesyuarat mengambil maklum atas pemergian berkenaan sebelum turut mengucapkan takziah.
Menurut keluarga Allahyarham dalam kenyataan, Daim, 86, meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada 8.21 pagi.
Daim sebelum ini memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan kali kedua pada 1999 hingga 2001.
-- BERNAMA