Aliran meningkat harga kontrak niaga hadapan getah yang diniagakan di Jepun berakhir pada hari Rabu berikutan pengukuhan yen, walaupun harga minyak mentah yang lebih tinggi mengehadkan penurunan itu, katanya kepada Bernama.
Pemain pasaran juga dilihat memberi reaksi terhadap peningkatan pengeluaran getah asli domestik di tengah-tengah ketidakpastian politik di AS.
"Namun begitu, penurunan seterusnya dihadkan oleh jualan kereta yang memberangsangkan di China dan harga minyak mentah yang kembali pulih.
"Sentimen pasaran juga disokong oleh jangkaan langkah rangsangan di China menjelang pengumuman laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS," kata peniaga itu.
Pada 5.18 petang, harga minyak mentah Brent meningkat sebanyak 1.88 peratus kepada US$70.37 setong.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) turun sebanyak 4.0 sen kepada 807.50 sen sekilogram manakala getah lateks pukal merosot sebanyak 2.0 sen kepada 670 sen sekilogram.
Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR20 fizikal berada pada 803 sen sekilogram manakala lateks pukal berada pada 670 sen sekilogram.
-- BERNAMA