KUALA LUMPUR: Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) pada Rabu menaikkan kadar faedah sebanyak suku mata peratusan, dalam julat 5.25-5.50 peratus, tertinggi sejak 22 tahun lalu.
Memetik laporan Reuters, Pengerusi Fed Jerome Powell berkata inflasi yang masih meningkat di negara itu menjadi rasional kepada keputusan tersebut
Kali terakhir kadar sama diputuskan adalah pada Julai 2007 sejurus sebelum kejatuhan pasaran perumahan dan tidak pernah meningkat secara konsisten ke tahap sama.
"Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan terus menilai maklumat tambahan dan implikasinya terhadap dasar monetari," kata Fed dalam kenyataan hari ini yang dilihat berbeza nadanya berbanding kenyataan yang dikeluarkan pada Jun lalu.
Seperti yang dinyatakan pada Jun, Fed berkata ia akan melihat data yang diterima dan mengkaji kesan kenaikan kadarnya ke atas ekonomi seiring mencapai sasaran inflasi ke tahap 2 peratus.
Powell berkata sebarang keputusan dasar masa depan akan dibuat berdasarkan mesyuarat demi mesyuarat dan dalam persekitaran semasa.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan menaikkan kadar tersebut jika difikirkan perlu.
"Sudah tentu mungkin kami akan menaikkan kadar tersebut sekali lagi pada mesyuarat September jika data menunjukkan ia langkah yang wajar, dan ada kemungkinan kami akan memilih untuk berpegang teguh (kepada keputusan) mesyuarat itu jika itu adalah keputusan dasar yang betul," kata Powell dalam sidang media selepas penyata dasar itu dikeluarkan.
Pada masa sama, beliau memberi indikasi supaya tiada jangkaan kepada sebarang pengurangan kadar atau pelonggaran dasar dalam jangka masa terdekat.
Astro Awani
Wed Jul 26 2023
Pengerusi Fed, Jerome Powell tidak menolak kemungkinan menaikkan kadar tersebut jika difikirkan perlu. - Foto REUTERS
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Bank Negara dijangka tidak ikuti penurunan kadar faedah Fed AS - Penganalisis
Bank Negara dijangka tidak mengikuti langkah agresif Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang telah menurunkan kadar faedah sebanyak setengah mata.
Malaysia serlah potensi, pelabur asing kembali yakin - Penganalisis
Reuters melaporkan warga asing secara konsisten memasukkan lebih banyak wang dalam pasaran hutang dan saham Malaysia pada tahun ini.
OPR dijangka kekal pada tiga peratus walaupun Fed kurangkan kadar faedah
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus pada akhir 2025 susulan pengukuhan ringgit.
Ringgit ditutup rendah menjelang Mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US hari ini disebabkan peserta pasaran terus menumpukan kepada prospek penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur
Bursa Malaysia rendah semasa awal dagangan pada Jumaat, berikutan prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak kenaikan di Wall Street
Pada 9.24 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sebanyak 6.90 mata kepada 1,625.28 daripada paras penutup semalam pada 1,618.38.
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.05 pagi, ringgit merosot kepada 4.7125/7150 berbanding dolar AS daripada 4.7110/7145 minggu lepas.
Bursa Malaysia meningkat semula susulan keputusan Fed, inflasi AS reda jana minat belian
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.81 mata kepada 1,612.76 daripada 1,608.95 ketika ditutup pada Rabu.
Kadar faedah AS kekal di sebalik inflasi yang menyederhana
Pengerusi Fed Jerome Powell memberi indikasi bahawa satu pemotongan mungkin akan berlaku tahun ini, selewat-lewatnya pada Disember.