KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur terus memilih mata wang selamat berdasarkan prospek ekonomi semasa yang berhati-hati, kata ahli ekonomi.
Pada 9.05 pagi, ringgit merosot kepada 4.7125/7150 berbanding dolar AS daripada 4.7110/7145 minggu lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil berikutan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat diunjurkan mengekalkan kadarnya stabil dalam tempoh terdekat.
"(Mesyuarat) Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) seterusnya akan diadakan pada akhir bulan depan.
"Dalam pada itu, akan terdapat banyak perubahan mengenai hala tuju Rizab Aliran Pecahan (FFR)," katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, naik berbanding yen Jepun kepada 2.9497/9515 daripada 2.9648/9671 pada Jumaat lepas, mengukuh berbanding pound kepada 5.9566/9598 daripada 5.9594/9638 dan meningkat berbanding euro kepada 5.0386/0413 daripada 5.0394/0431 sebelum ini.
Ia turut diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN, yang naik berbanding baht Thailand kepada 12.8074/8191 daripada 12.8495/8639 pada Jumaat lepas dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4766/4787 daripada 3.4785/4814 sebelum ini.
Bagaimanapun, mata wang tempatan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 286.4/286.7 daripada 286.3/286.7 pada Jumaat lepas dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.01/8.02 daripada 8.00/8.02 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024
Pada 9.05 pagi, ringgit merosot kepada 4.7125/7150 berbanding dolar AS daripada 4.7110/7145 minggu lepas. -Gambar fail/Bernama
Kuaters KTMB, kereta, motosikal terbakar di Batu Gajah
Rumah kuaters tersebut yang musnah terbakar sebanyak 75 peratus, bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh ke paras 4.3900/3975 berbanding dolar AS daripada 4.3905/3980 pada Selasa.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan kebimbangan terhadap tarif
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, ditekan oleh sentimen risiko global yang lemah dan perkembangan berterusan dalam tarif Amerika Syarikat.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.3750/3805 berbanding dolar AS daripada 4.3760/3825 semalam.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh penarafan positif terkini oleh Moody's terhadap penarafan kredit berdaulat Malaysia.
Trump 'berlembut' isu tarif China, ringgit cecah paras tertinggi bagi hampir tiga bulan
Ringgit mencecah paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh hampir tiga bulan pada akhir urus niaga Jumaat.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4320/4480 berbanding dolar AS daripada 4.4420/4465 semalam.
Ringgit dibuka tinggi selepas BNM umum OPR kekal pada 3.0 peratus
Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh kepada 4.4335/4500 berbanding dolar US daripada 4.4340/4400 pada akhir dagangan semalam.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.
Ringgit dibuka tinggi untuk hari ketiga berturut-turut
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk hari ketiga berturut-turut, disokong oleh kemerosotan dalam DXY.
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS selepas ucapan sulung Trump
Pada jam 8 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.4650/4815 berbanding dolar AS yang meningkat daripada 4.4910/4960 pada akhir urus niaga semalam.